MADANG, Tuesday, 18 August 2026 – The Joint Force Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) attended the Gema Marhaban programme in commemoration with the celebration of Maulidur Rasul (PBUH) 1448H/2026M at Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampong Manggis Madang.

The ceremony was attended by Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander along with Senior Officers, Officers and personnel of JF RBAF. Also in attendance were officers and personnel from the Royal Customs and Excise Department.

The ceremony commenced with a congregational Maghrib prayer, followed by the recital of Wirid and Doa, Sunat Ba’diyyah Maghrib prayer, Surah Al-Fatihah and Dikir Assalamualaika. The programme continued with the mass Isyak prayer, followed by the recital of Selawat and Dikir Marhaban, concluded with Doa Dikir and Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

The programme was held as part of the Ministry of Defence’s activities in commemorating the birth of Prophet Muhammad (PBUH).

ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI PROGRAM GEMA MARHABAN LUAR SEMPENA MAULIDUR RASUL 1448 HIJRAH DI MASJID SURI SERI BEGAWAN RAJA PENGIRAN ANAK DAMIT

MADANG, Selasa, 18 Ogos 2026 – Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah menghadiri Program Gema Marhaban sempena Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam (SAW) 1448H bertempat di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampong Manggis Madang.

Hadir pada majlis tersebut ialah Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, ABDB, bersama Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta anggota-anggota AB ABDB. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Wirid dan Doa, sembahyang Sunat Ba’diyyah Maghrib, bacaan Surah Al-Fatihah dan Dikir Assalamualaika. Program kemudiannya diteruskan lagi dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah, diikuti dengan bacaan Selawat, Dikir dan Marhaban serta diakhiri dengan Doa Dikir dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Program tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti Kementerian Pertahanan dalam memperingati dan menyemarakkan Maulidur Rasul SAW.