SINGAPORE, Thursday, 13 August 2026 – A delegation from the Joint Force Royal Brunei Armed Forces (RBAF), led by the Joint Force Commander, Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, concluded a three-day visit to the Republic of Singapore from 11 to 13 August 2026 in conjunction with the 3rd Subject Matter Expert Exchange (SMEE) Programme.

The programme provided a platform for professional exchanges and engagements between the RBAF and the Singapore Armed Forces (SAF), aimed at strengthening bilateral defence relations, enhancing professional understanding, and exchanging perspectives in areas of mutual interest.

During the visit, Colonel Pengiran Noor Rumaizi and the delegation held a series of engagements with senior SAF leadership, including a call on the Chief of Defence Force of the SAF, His Excellency Vice Admiral Dato Paduka Seri Aaron Beng Yao Cheng, as well as engagements with senior representatives from Singapore’s defence and security organisations.

As part of the programme, the delegation visited the Woodlands Checkpoint, where they were briefed on immigration and checkpoint operations, including the new clearance concept and the coordination of integrated operations.

The delegation also visited the Information Fusion Centre (IFC), the Counter-Terrorism Information Facility (CTIF) and ASEAN Cybersecurity and Information Centre of Excellence (ACICE), where professional exchanges focused on information sharing, counter-terrorism cooperation and developments within the cyber and information domains.

The programme also included a visit to Singapore’s Special Operations Task Force (SOTF), in which the RBAF delegation exchanged perspectives and shared experiences on special operations, strengthening professional understanding and fostering closer engagement between the two forces.

The visit concluded with an engagement at Singapore’s Digital and Intelligence Service (DIS), featuring a roundtable discussion and an exchange of perspectives on cyber defence. The Joint Force Commander also shared insights in the cyber defence domain, reinforcing mutual understanding and highlighting opportunities for closer cooperation in addressing evolving cyber threats.

The 3rd SMEE Programme reflects the longstanding and close defence relationship between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore. It also underscores both armed forces’ commitment to maintaining regular professional exchanges, strengthening interoperability and fostering mutual understanding in addressing the increasingly complex regional security environment.

The programme contributed towards further strengthening the friendship and professional ties between personnel of the RBAF and SAF, while providing opportunities to identify areas for continued cooperation and future exchanges.

ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI PROGRAM SUBJECT MATTER EXPERT EXCHANGE KE-3 DI SINGAPURA

SINGAPURA, Khamis, 13 Ogos 2026 – Delegasi Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diketuai oleh Pemerintah Angkatan Bersama, Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, telah menamatkan lawatan selama tiga hari ke Republik Singapura dari 11 hingga 13 Ogos 2026 bagi menghadiri Program Subject Matter Expert Exchange (SMEE) Ke-3.

Program tersebut menyediakan platform bagi pertukaran profesional dan interaksi antara ABDB dan Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS), yang bertujuan untuk mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala, meningkatkan kefahaman profesional serta bertukar pengetahuan dalam bidang-bidang yang berkepentingan bersama.

Sepanjang lawatan tersebut, Kolonel Pengiran Noor Rumaizi berserta delegasi telah mengadakan beberapa pertemuan bersama kepimpinan kanan ABRS, termasuk kunjungan kepada Pemerintah Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Laksamana Madya Dato Paduka Seri Aaron Beng, serta interaksi bersama pegawai-pegawai kanan daripada organisasi pertahanan dan keselamatan Republik Singapura.

Sebagai sebahagian daripada program tersebut, delegasi ABDB telah mengadakan lawatan ke Woodlands Checkpoint, di mana delegasi telah diberikan taklimat mengenai operasi imigresen dan pusat pemeriksaan, termasuk konsep baharu pelepasan imigresen serta penyelarasan operasi bersepadu.

Delegasi ABDB juga telah membuat lawatan ke Information Fusion Centre (IFC), Counter-Terrorism Information Facility (CTIF) dan ASEAN Cybersecurity and Information Centre of Excellence (ACICE), bagi pertukaran profesional yang memberi tumpuan kepada perkongsian maklumat, kerjasama menangani keganasan serta perkembangan dalam domain siber dan maklumat.

Program tersebut turut merangkumi lawatan ke Special Operations Task Force (SOTF), ABRS, di mana delegasi ABDB telah bertukar-tukar pandangan serta berkongsi pengalaman berkaitan operasi khas. Lawatan tersebut turut memperkukuh kefahaman profesional dan memupuk keterlibatan yang lebih erat antara kedua-dua angkatan bersenjata.

Lawatan diteruskan dengan sesi bersama Digital and Intelligence Service (DIS) ABRS, termasuk perbincangan dan pertukaran pandangan mengenai pertahanan siber. Pemerintah Angkatan Bersama turut berkongsi pandangan ABDB dalam bidang pertahanan siber. Perkongsian tersebut memperkukuh kefahaman bersama dan mengetengahkan peluang untuk mempererat kerjasama dalam menangani ancaman siber yang sentiasa berkembang.

Program SMEE Ke-3 ini mencerminkan hubungan pertahanan yang erat dan istimewa yang telah lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Program tersebut turut menunjukkan komitmen kedua-dua angkatan bersenjata untuk meneruskan pertukaran profesional secara berkala, memperkukuhkan interoperabiliti serta meningkatkan persefahaman bersama dalam menghadapi persekitaran keselamatan serantau yang semakin kompleks.

Program ini seterusnya menyumbang kepada pengukuhan hubungan persahabatan dan profesional antara anggota ABDB dan ABRS, di samping menyediakan peluang untuk mengenal pasti bidang-bidang bagi kerjasama dan pertukaran pada masa akan datang.