BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 15 October 2026 – A delegation of 50 officers and personnel from the Joint Force, Royal Brunei Armed Forces (RBAF), led by Commander Saiful Hazril bin Haji Ali, RBN, Staff Officer Joint Operations (Navy), Joint Forces, RBAF, visited the Golden Jubilee Gallery of Defence Relations between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore at the Brunei Energy Hub, The Royal Wharf, Bandar Seri Begawan.

The visit provided the delegation in appreciating the history and development of the close and enduring defence relationship between the two countries over the past five decades, following the establishment of formal defence relations on 9 October 1976.

The gallery featured key milestones in military cooperation between RBAF and the Singapore Armed Forces (SAF). Exhibits highlighted joint training programmes, military courses, and bilateral exercises conducted both in Brunei Darussalam and in the Republic of Singapore.

These activities involved the land, maritime, and air components of both Armed Forces, reflecting a sustained commitment to strengthening operational readiness, interoperability, and professionalism between the two Armed Forces.

The visit reinforced understanding of the strong, resilient, and long-standing defence relationship between Brunei Darussalam and Republic of Singapore, founded on mutual friendship, trust, and a shared commitment to deepening defence cooperation. It also underscored the importance of professional exchanges and people-to-people ties in sustaining bilateral defence engagement. The Golden Jubilee Gallery is offering members of the public an opportunity to learn about 50 years of defence cooperation between Brunei Darussalam and Republic of Singapore and it is open to the public from 15 to 25 October 2026.

LAWATAN ROMBONGAN ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE GALERI JUBLI EMAS HUBUNGAN PERTAHANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK SINGAPURA

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 15 Oktober 2026 –   Seramai 50 pegawai dan anggota Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), yang diketuai oleh Komander Saiful Hazril bin Haji Ali, TLDB, Pegawai Turus Gerakan Bersama (Laut), Angkatan Bersama, ABDB, telah mengadakan lawatan ke Galeri Jubli Emas Hubungan Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura di Hub Tenaga Brunei, Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan.

Lawatan tersebut bertujuan menghargai perjalanan perhubungan pertahanan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang telah terjalin secara rasmi sejak 9 Oktober 1976. Sepanjang lima dekad, hubungan tersebut berkembang menjadi kerjasama yang erat, berterusan dan bermakna antara kedua-dua negara.

Semasa lawatan, rombongan berpeluang menelusuri pameran yang memaparkan peristiwa penting serta perkembangan kerjasama pertahanan antara ABDB dan Angkatan Bersenjata Singapura (ABS). Paparan tersebut merangkumi program latihan, kursus ketenteraan dan pelbagai eksesais dua hala yang telah dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam dan di Republik Singapura.

Kerjasama tersebut melibatkan komponen darat, maritim dan udara kedua-dua Angkatan Bersenjata yang juga mencerminkan komitmen berterusan dalam meningkatkan keupayaan operasi, kesalingoperasian dan profesionalisme antara kedua-dua Angkatan Bersenjata.

Lawatan ini turut memberikan kefahaman yang lebih mendalam mengenai hubungan pertahanan yang kukuh antara kedua-dua negara, yang dibina di atas semangat persahabatan, kepercayaan bersama serta komitmen jangka panjang dalam memperkukuh kerjasama pertahanan. Ia juga menyerlahkan nilai pertukaran pengetahuan, pengalaman dan hubungan profesional antara generasi anggota ABDB dan ABS. Galeri Jubli Emas tersebut dibuka kepada orang ramai untuk memberikan peluang kepada masyarakat untuk mengenali sejarah dan pencapaian hubungan pertahanan Brunei Darussalam–Singapura selama 50 tahun mulai 15 hingga 25 Oktober 2026.