REPUBLIC OF SINGAPORE, Friday, 7th August 2026 – An officer from the Joint Force, Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF), Major Mohd Farid bin Mohd Raffi, Staff Officer Grade 2 Joint Planning, has successfully completed the 88th Battalion Tactics Course. The seven-week course was conducted from 24th June to 6th August 2026 conducted at the Army Officers’ Advanced School (AOAS), Singapore Armed Forces (SAF) Advanced Schools, SAFTI Military Institute (SAFTI MI), Republic of Singapore.

A total of 85 officers undertook the course, including international participants from Brunei Darussalam, Germany and Vietnam. The closing ceremony was officiated by Major General Cai Dexian, Chief of Army, Singapore Army, marking the formal conclusion of the course and recognising the achievements of all graduates.

The course comprised of map planning tutorials, two-sided wargaming exercises, tactical planning activities and syndicate-based discussions. These elements were designed to deepen participants’ understanding of the planning and execution of battalion-level combined arms operations, while strengthening their ability to integrate diverse combat functions to achieve operational objectives.

The Battalion Tactics Course serves as a professional platform to broaden participants’ perspectives and facilitate the exchange of practical and academic military knowledge, particularly in preparation for battalion-level command and staff appointments. RBAF participation underscores Brunei Darussalam’s commitment to enhancing defence cooperation with the Singapore Army and other participating armed forces, building on a long-standing partnership that also marks the 50 years of bilateral defence relations with the armed forces this year.

PEGAWAI MARKAS ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI TELAH MENAMATKAN KURSUS KURSUS TAKTIK BATALION KE-88

REPUBLIK SINGAPURA, Jumaat, 07 Ogos 2026 – Seorang pegawai daripada Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB), Mejar Mohd Farid bin Mohd Raffi, Timbalan Pegawai Turus Perancangan Bersama, telah berjaya menamatkan Kursus Taktik Batalion ke-88. Kursus selama tujuh minggu tersebut telah berlangsung dari 24 Jun hingga 06 Ogos 2026 di Army Officers’ Advanced School (AOAS), Singapore Armed Forces (SAF) Advanced Schools, SAFTI Military Institute (SAFTI MI), Republik Singapura.

Seramai 85 orang pegawai telah mengikuti kursus berkenaan, termasuk peserta antarabangsa dari Negara Brunei Darussalam, Jerman dan Vietnam. Majlis penutup bagi kursus tersebut telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Cai Dexian, Panglima Tentera Darat Republik Singapura, yang menandakan berakhirnya kursus secara rasmi serta mengiktiraf pencapaian kesemua peserta.

Kursus tersebut merangkumi latihan perancangan peta, eksesais permainan perang dua pihak, aktiviti perancangan taktikal serta perbincangan berkumpulan. Elemen-elemen ini dirangka bagi memperdalamkan lagi pemahaman para peserta mengenai perancangan dan pelaksanaan operasi gabungan atau combined arms di peringkat batalion, di samping memperkukuh keupayaan mereka untuk mengintegrasikan pelbagai fungsi tempur dalam mencapai objektif operasi.

Kursus Taktik Batalion berperanan sebagai platform profesional untuk meluaskan perspektif para peserta serta memudah cara perkongsian pengetahuan ketenteraan secara praktikal dan akademik, khususnya sebagai persediaan bagi penugasan khususnya jawatan sebagai pegawai pemerintah peringkat batalion. Penyertaan ABDB menggariskan komitmen Negara Brunei Darussalam dalam mempertingkatkan kerjasama pertahanan dengan Tentera Darat Republik Singapura serta angkatan bersenjata lain yang mengambil bahagian, berlandaskan hubungan kerjasama yang telah lama terjalin, yang pada tahun ini turut menandakan 50 tahun hubungan pertahanan dua hala dengan Angkatan Bersenjata Republik Singapura.