BANDAR SERI BEGAWAN, SELASA, 23 OGOS 2022 – Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi Bin Haji Perudin, Pem AB ABDB telah membuat lawatan kerja ke NDMC. Lawatan tersebut disambut oleh Pengarah NDMC iaitu Kolonel (B) Muhd Harrith Rashidi bin Haji Muhd Jamin. Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pem AB ABDB dan Pegawai-Pegawai Staf Markas Angkatan Bersama (MAB) ABDB.
Lawatan tersebut dimulakan dengan sesi taklimat mengenai misi dan tanggungjawab Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan yang merangkumi peranan NDMC sebagai fokal point kepada agensi-agensi kerajaan didalam negara dan juga penyelarasan di peringkat serantau dan antarabangsa dalam menangani sebarang kejadian bencana. Taklimat diakhiri dengan sesi perbincangan. Rombongan Pem AB ABDB juga dibawa melawat ke Pusat Gerakan Bencana iaitu tempat petugas memantau kejadian bencana dan menyelaras pengurusan menangani kejadian bencana.
Adapun tujuan lawatan tersebut adalah bagi mengukuhkan lagi kerjasama diantara kedua-dua pihak dalam sama-sama mendokong apa jua keperluan bencana didalam dan diluar negara dengan pendekatan Whole of Nation. Pada masa yang sama membolehkan kedua-kedua belah pihak berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pendapat khususnya bagi memastikan keberkesanan peranan masing-masing dalam membantu pihak kerajaan menangani krisis atau bencana alam di Negara Brunei Darussalam.
