TANAH JAMBU, Selasa, 1 September 2026 – Majlis Pembukaan Collective Planning Exercise (CPE) telah berlangsung di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), Kampung Tanah Jambu pada hari Selasa, 1 September 2026. Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), selaku Pengarah Eksesais HB VII. Dalam ucapannya, Pemerintah Angkatan Bersama menegaskan bahawa kualiti perancangan yang dihasilkan akan mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan operasi dan kejayaan misi. Pemerintah Angkatan Bersama turut menyeru semua peserta agar memanfaatkan CPE dengan penuh dedikasi, ketelitian dan semangat kerjasama.
CPE yang dilaksanakan dari Isnin, 31 Ogos hingga Jumaat, 4 September 2026 merupakan sebahagian daripada persediaan bagi Eksesais HB VII. Hasil perancangan tersebut akan diuji semasa fasa latihan medan (Field Training Exercise – FTX) HB VII yang dijadualkan berlangsung dari 28 September hingga 7 Oktober 2026.
CPE berfungsi sebagai platform penting untuk menguji kompetensi para perancang daripada semua unit, termasuk elemen bantuan, di bawah penyelarasan Markas Angkatan Bersama. Latihan ini bertujuan menterjemahkan konsep kesiapsiagaan operasi kepada keupayaan pertahanan yang bersepadu dan berkesan, sekali gus memperkukuh keupayaan tindak balas bersama.
Sepanjang tempoh lima hari, para peserta akan melaksanakan perancangan operasi bersama dalam menghadapi scenario keselamatan negara yang berkembang. Proses ini menggunakan pendekatan menyeluruh dalam persekitaran operasi yang kompleks, melibatkan elemen ketenteraan dan awam serta ancaman asimetri.
Empat bidang utama menjadi tumpuan, iaitu memahami setiap peringkat proses perancangan dan memastikan keserasiannya dengan doktrin operasi, prosedur operasi standard (SOP) serta mekanisme sedia ada; membangunkan pelan kontingensi yang tangkas dan responsif terhadap perubahan ancaman; merancang sistem sokongan logistik bersepadu yang mampu menyokong pergerakan operasi serta keperluan semua komponen secara berterusan; dan menilai serta mencabar setiap andaian operasi bagi menghasilkan Arahan Operasi (OPORD) yang praktikal, dinamik dan realistik.
CPE ini membentuk kefahaman bersama mengenai situasi, mengenal pasti keperluan operasi serta menyelaras peranan dan tanggungjawab setiap elemen. Proses ini penting untuk memastikan setiap tugas dapat dilaksanakan secara teratur dan mengelakkan kepincangan penyelarasan semasa operasi di lapangan.
Pelaksanaan CPE mencerminkan komitmen berterusan ABDB untuk meningkatkan kesiapsiagaan operasi bersama, memperkukuh koordinasi, kesepaduan dan kebolehoperasian bersama serta meningkatkan keupayaan merancang dan melaksanakan operasi dalam menghadapi persekitaran keselamatan yang semakin kompleks.

OPENING CEREMONY OF THE COLLECTIVE PLANNING EXERCISE IN PREPARATION FOR EXERCISE HIKMAT BERSATU VII (HB VII)
TANAH JAMBU, Tuesday, 1 September 2026 – The Opening Ceremony of the Collective Planning Exercise (CPE) was held at the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), Kampung Tanah Jambu on Tuesday, 1 September 2026. Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, Royal Brunei Armed Forces (RBAF), as the Exercise HB VII Director, officiated the ceremony. In his remarks, the Joint Force Commander emphasised that the quality of planning produced during the CPE would influence operational effectiveness and mission success. He also encouraged all participants to make full use of the exercise and carry out their responsibilities with dedication, precision and a spirit of cooperation.
Conducted from Monday, 31 August to Friday, 4 September 2026, the CPE forms part of the preparations for Exercise HB VII. The resulting plans will be tested during the HB VII Field Training Exercise (FTX), scheduled to be held from 28 September to 7 October 2026.
The CPE serves as an important platform for testing the competence of planners from across all units, including supporting elements, under the coordination of Joint Force Headquarters. It is intended to translate operational readiness concepts into robust, integrated and effective defence capabilities while strengthening the RBAF’s ability to deliver a coordinated response.
Over the five-day period, participants will conduct joint operational planning in response to an evolving national security crisis scenario. The process applies a comprehensive approach within a complex operational environment involving military and civilian elements as well as asymmetric threats.
Planning cells focus on four key areas: understanding each stage of the planning process and ensuring compatibility with existing operational doctrine, Standard Operating Procedures (SOPs) mechanisms, developing agile and responsive contingency plans for rapidly changing threats, designing an integrated logistics support system capable of sustaining operational movement and the requirements of all components and examining and challenging operational assumptions to produce a practical, dynamic and realistic Operation Order (OPORD).
Throughout the CPE, participants will develop a shared understanding of the situation, identify operational requirements and coordinate the roles and responsibilities of each element. This process is essential to ensuring that tasks can be conducted systematically and that coordination gaps are minimised during operations in the field.
The CPE reflects the RBAF’s continued commitment to enhancing joint operational readiness, strengthening coordination, integration and interoperability, and improving its capacity to plan and conduct operations in an increasingly complex security environment.








