TANAH JAMBU, Jumaat, 4 September 2026 – Majlis Penutup Collective Planning Exercise (CPE) sebagai persediaan bagi Eksesais HB VII telah berlangsung di Auditorium, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), Kampung Tanah Jambu pada hari Jumaat, 4 September 2026. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), yang juga merupakan Pengarah Eksesais HB VII.
Dalam ucapan penutupnya, Tetamu Kehormat Majlis menzahirkan kegembiraan atas komitmen dan semangat kesepaduan yang ditunjukkan oleh semua pihak sepanjang CPE. Pemerintah Angkatan Bersama berharap produk perancangan yang dikemukakan bersifat praktikal dan bernilai untuk diaplikasikan semasa fasa latihan medan (Field Training Exercise – FTX) HB VII. Pemerintah Angkatan Bersama turut mengakui cabaran yang dihadapi para pegawai perancang, termasuk memahami urutan Operational Military Appreciation (OMAP), membahaskan pandangan yang berbeza serta menerima saranan dan kritikan dalam usaha menghasilkan produk perancangan bersama.
Tetamu Kehormat Majlis juga menjelaskan bahawa cabaran tersebut merupakan sebahagian daripada proses perancangan dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang dan kepakaran berbeza. CPE bertujuan menyatupadukan peserta, membina kerjasama dan kepercayaan serta memperkukuh sinergi antara pegawai. Pemerintah Angkatan Bersama turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur dan kumpulan wasit atas penilaian teliti serta maklum balas terhadap jurang keupayaan yang dikenal pasti, yang menjadi asas penting untuk menambah baik dan memperkemas sebarang kekurangan.
Segala hasil CPE, termasuk teguran dan penambahbaikan, akan menjadi landasan penting bagi fasa Table Top Exercise (TTX), Command Post Exercise (CPX) dan seterusnya FTX HB VII yang dijadualkan berlangsung dari 28 September hingga 7 Oktober 2026. Perkembangan secara berperingkat ini penting bagi memastikan tahap kesiapsiagaan dapat diuji secara menyeluruh, bermula dari bilik perancangan hingga pelaksanaan di lapangan operasi.
Majlis Penutup ini menandakan berakhirnya CPE selama lima hari yang dilaksanakan dari Isnin, 31 Ogos hingga Jumaat, 4 September 2026 melibatkan seramai 70 peserta daripada semua unit, termasuk elemen bantuan, di bawah penyelarasan Markas Angkatan Bersama. Sepanjang CPE, para peserta melaksanakan perancangan operasi bersama merangkumi pembentukan kefahaman situasi bersama, pengenalpastian keperluan operasi, penyelarasan peranan dan tanggungjawab setiap elemen, pengintegrasian sokongan logistik serta penilaian operasi bagi menghasilkan Arahan Operasi (OPORD) yang praktikal, dinamik dan realistik.
Penamatan CPE mencerminkan komitmen berterusan ABDB untuk meningkatkan kesiapsiagaan operasi bersama, memperkukuh koordinasi, kesepaduan dan kebolehoperasian bersama serta meningkatkan keupayaan merancang dan melaksanakan operasi dalam menghadapi persekitaran keselamatan yang semakin kompleks.

CLOSING CEREMONY OF THE COLLECTIVE PLANNING EXERCISE IN PREPARATION FOR EXERCISE HIKMAT BERSATU VII (HB VII)
TANAH JAMBU, Friday, 4 September 2026 – The Closing Ceremony of the Collective Planning Exercise (CPE), held in preparation for Exercise HB VII, took place at the Auditorium, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), Kampung Tanah Jambu on Friday, 4 September 2026. The Guest of Honour was Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, Royal Brunei Armed Forces (RBAF), who is also the Exercise HB VII Director.
In his closing remarks, the Guest of Honour expressed his satisfaction with the commitment and spirit of cohesion demonstrated by all involved throughout the CPE. He hoped that the planning products presented would be practical and valuable for application during the the Field Training Exercise (FTX). He also acknowledged the challenges faced by the planning officers, including understanding the OMAP sequence, reconciling differing views, and receiving recommendations and criticism while working towards a shared planning product.
These challenges are part of group planning among personnel from different backgrounds and areas of expertise. The CPE is intended to unite participants, build cooperation and trust, and strengthen synergy among officers. He also expressed his appreciation to the organisers and the exercise umpire team for their thorough assessments and feedback on the capability gaps identified, which provide an important basis for addressing shortcomings and improving subsequent activities.
All CPE outputs, including observations and improvements, will form an important foundation for the Table Top Exercise (TTX), Command Post Exercise (CPX) and ultimately FTX for HB VII, scheduled to be held from 28 September to 7 October 2026. This progressive approach is important to ensure that operational readiness is tested comprehensively, from the planning room through to execution in the field.
The ceremony marked the conclusion of the five-day CPE conducted from Monday, 31 August to Friday, 4 September and, involved 70 participants from across all units, including supporting elements, under the coordination of Joint Force Headquarters. The exercise brought together planners from across RBAF units, including supporting elements, under the coordination of Joint Force Headquarters. Throughout the CPE, participants conducted joint operational planning based on an evolving national security scenario within a complex operational environment. The process included developing a shared understanding of the situation, identifying operational requirements, coordinating the roles and responsibilities of each element, integrating logistics support, and examining operational assumptions to produce a practical, dynamic and realistic Operation Order (OPORD).
The completion of the CPE reflects the RBAF’s continued commitment to enhancing joint operational readiness, strengthening coordination, integration and interoperability, and improving its capacity to plan and conduct operations in an increasingly complex security environment.













