BOLKIAH GARISON, ISNIN, 18 APRIL 2022 – Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei selaku Pengerusi Jawatankuasa Rondaan Senegara telah mengadakan taklimat dan pertemuan secara maya bagi perlaksanaan Outreach Programme (Key Leaders Engagement bersama dengan Pegawai Daerah dan Pemangku Pegawai-Pegawai Daerah bagi ke empat-empat Daerah. Turut hadir juga adalah dari wakil-wakil pegawai penguatkuasa daripada Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Immigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan Pegawai-Pegawai daripada Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB).
Perjumpaan tersebut dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Haji Alirupendi bin Hj Perudin, Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Pem AB, ABDB). Inisiatif perjumpaan ini merupakan sebagai usaha Whole of Nation Approach Jawatankuasa Rondaan Senegara (JRS) untuk meningkatkan penglibatan pemimpin Akar Umbi/orang awam demi meningkatkan kepercayaan penduduk setempat terhadap agensi-agensi keselamatan. Selain daripada itu, ini adalah sebagai usaha untuk meningkatkan penglibatan orang awam dalam membanteras jenayah termasuk mendapatkan maklumat mengenai sebarang aktiviti jenayah yang berlaku di kawasan masing-masing.
Melalui sesi perbincangan, Pegawai Daerah dan Pemangku Pegawai-Pegawai Daerah telah memperlihatkan keperihatinan mereka iaitu dengan mengkongsikan isu-isu yang berbangkit dalam membenteras jenayah. Seterusnya, bagi kesinambungan inisiatif Outreach Programme ini, perancangan akan datang pada dasarnya telah dipersetujui untuk diteruskan lagi diperingkat Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampong bagi fasa seterusnya.


