SUBANG, MALAYSIA, Khamis, 27 OKTOBER 2022 - Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia telah menyempurnakan Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-10 ke Lubnan di Pangkalan Udara Subang hari ini.
Perbarisan Kumpulan Pertama MALBATT 850-10 ini seramai 214 anggota termasuk seorang Pegawai ABDB dan 2 anggota lain-lain peringkat (LLP) ABDB.
Turut hadir adalah Panglima Angkatan Tentera (PAT) Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Pesuruh Jaya Tinggi Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (Bersara) Dato’ Mahmud bin Saidin, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pegawai-Pegawai Kanan ATM dan ABDB.


