BANTEN, REPUBLIC OF INDONESIA, Saturday, 26 September 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) participated in Exercise Trident Resolve (XTR) 2026, a combined field training exercise conducted under the ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus Experts’ Working Groups (ADMM-Plus EWG) programme.

Hosted by the Republic of Indonesia, the seven-day exercise was held in Banten from 20 to 26 September 2026. It brought together approximately 2,200 military personnel and civilian representatives from all 19 ADMM-Plus countries, making it the largest ADMM-Plus exercise in terms of personnel participation in a decade.

The RBAF delegation was led by Lieutenant Colonel Haji Erawan bin Haji Abu Bakar, Staff Officer Grade 1 Joint Planning, Joint Force RBAF. The delegation comprised of five officers and 10 personnel from Joint Force RBAF and the Royal Brunei Land Forces.

RBAF personnel took part in the exercise’s Cyber Security, Military Medicine, and Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) components. Their participation provided opportunities to strengthen operational coordination, enhance interoperability, and exchange expertise with regional and international partners.

XTR 2026 marked the first ADMM-Plus combined field training exercise in integrating three Experts’ Working Groups: Cyber Security, HADR, and Military Medicine. The exercise tested the ability of participating military forces and civilian agencies to coordinate responses to a large-scale disaster, including search and rescue, medical evacuation and treatment, infrastructure repair, and the protection of information systems.

The exercise was jointly organised by the co-chairs of the three ADMM-Plus Experts’ Working Groups: Australia and Cambodia for Cyber Security; Republic of Singapore and New Zealand for HADR; and Republic of Indonesia and the United States of America for Military Medicine.

Established in 2010, the ADMM-Plus serves as a key platform for practical defence cooperation between ASEAN Member States and its Dialogue Partners. Through activities such as XTR 2026, the platform supports regional cooperation, strengthens disaster-response capabilities, and contributes to peace and security in the Asia-Pacific region.

ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENYERTAI EXERCISE TRIDENT RESOLVE 2026

BANTEN, REPUBLIK INDONESIA, Sabtu, 26 September 2026 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyertai Exercise Trident Resolve (XTR) 2026, iaitu eksesais latihan medan gabungan yang dilaksanakan di bawah program Kumpulan Kerja Pakar Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus EWG).

Dihoskan oleh Republik Indonesia, eksesais selama tujuh hari tersebut telah berlangsung di Banten dari 20 hingga 26 September 2026. Eksesais berkenaan menghimpunkan kira-kira 2,200 anggota tentera dan agensi awam daripada kesemua 19 negara ADMM-Plus, sekali gus menjadikannya eksesais ADMM-Plus terbesar dari segi penyertaan anggota dalam tempoh satu dekad.

Delegasi ABDB diketuai oleh Leftenan Kolonel Haji Erawan bin Haji Abu Bakar, Pegawai Turus Perancangan Bersama, Angkatan Bersama ABDB. Delegasi tersebut terdiri daripada lima Pegawai dan 10 Lain-lain Peringkat daripada Angkatan Bersama ABDB serta Tentera Darat Diraja Brunei.

Anggota ABDB telah mengambil bahagian dalam komponen Keselamatan Siber, Perubatan Tentera, dan Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR). Penyertaan tersebut memberi peluang untuk memperkukuh penyelarasan operasi, meningkatkan kesalingoperasian serta bertukar-tukar kepakaran dengan rakan serantau dan antarabangsa.

XTR 2026 merupakan eksesais latihan medan gabungan ADMM-Plus yang pertama mengintegrasikan tiga Kumpulan Kerja Pakar, iaitu Keselamatan Siber, HADR dan Perubatan Tentera. Eksesais ini menguji keupayaan pasukan tentera dan agensi awam yang terlibat dalam menyelaras tindak balas terhadap bencana berskala besar, termasuk operasi mencari dan menyelamat, pemindahan serta rawatan perubatan, pembaikan infrastruktur dan perlindungan sistem maklumat.

Eksesais tersebut dianjurkan secara bersama oleh pengerusi bersama tiga Kumpulan Kerja Pakar ADMM-Plus, iaitu Australia dan Kemboja bagi Keselamatan Siber; Republik Singapura dan New Zealand bagi HADR dan Republik Indonesia dan Amerika Syarikat bagi Perubatan Tentera. Ditubuhkan pada tahun 2010, ADMM-Plus berperanan sebagai platform utama bagi kerjasama pertahanan secara praktikal antara negara-negara anggota ASEAN dan negara-negara rakan dialog. Melalui kegiatan seperti XTR 2026, platform ini menyokong kerjasama serantau, memperkukuh keupayaan tindak balas bencana serta menyumbang kepada keamanan dan keselamatan di rantau Asia Pasifik.