BOLKIAH GARISON, Khamis, 10 September 2026 – Majlis Penutup bagi Table Top Exercise (TTX) sebagai persediaan bagi Eksesais HB VII telah berlangsung di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), yang juga merupakan Pengarah Eksesais HB VII.
Dalam ucapan penutupnya, Tetamu Kehormat Majlis merakamkan penghargaan atas komitmen dan semangat kesepaduan yang ditunjukkan oleh semua pihak sepanjang TTX. Pemerintah Angkatan Bersama ABDB menyatakan bahawa proses perancangan berkumpulan, termasuk memahami senario, membincangkan pandangan yang berbeza serta menerima saranan dan teguran, merupakan perkara penting dalam membina kerjasama, kepercayaan dan sinergi antara pegawai daripada pelbagai latar belakang kepakaran.
Tetamu Kehormat Majlis juga turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur, kumpulan wasit, para peserta dan pemerhati daripada agensi-agensi kerajaan. Maklum balas pihak wasit mengenai jurang keupayaan yang dikenal pasti sepanjang TTX akan dijadikan asas untuk menambah baik perancangan dan persediaan bagi fasa seterusnya. Pemerintah Angkatan Bersama ABDB menegaskan bahawa pelaksanaan secara berperingkat, daripada TTX kepada Command Post Exercise (CPX) dan seterusnya Field Training Exercise (FTX), penting untuk menguji kesiapsiagaan ABDB secara menyeluruh, daripada perancangan hingga pelaksanaan di lapangan, serta memperjelas peranan ABDB dan agensi kerajaan dalam menangani ancaman keselamatan yang semakin mencabar.
Majlis Penutup ini menandakan berakhirnya TTX selama tiga hari yang dilaksanakan dari Selasa, 8 September hingga Khamis, 10 September 2026 melibatkan seramai 80 peserta daripada semua unit, termasuk elemen bantuan serta agensi-agensi kerajaan di bawah penyelarasan Markas Angkatan Bersama ABDB. Antara pengisian majlis ialah pembentangan hasil eksesais oleh wakil peserta, diikuti dengan rumusan keseluruhan oleh Wasit Eksesais.
TTX merupakan sebahagian daripada siri eksesais perancangan yang bertujuan untuk menguji, menilai dan memperkukuh kesiapsiagaan operasi ABDB dalam menghadapi ancaman keselamatan kontemporari. Eksesais ini memberi tumpuan kepada integrasi taktikal serta proses membuat keputusan di peringkat operasi bersama. Hasil TTX akan menjadi asas bagi persediaan fasa CPX dan seterusnya FTX.
TABLE TOP EXERCISE (TTX) IN PREPARATION FOR EXERCISE HIKMAT BERSATU VII (HB VII)
BOLKIAH GARRISON, Thursday, 10 September 2026 – The Closing Ceremony of the Table Top Exercise (TTX) for Exercise HB VII was held at the New Gymnasium, Bolkiah Garrison on Thursday, 10 September 2026. The Guest of Honour was Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, Royal Brunei Armed Forces (RBAF), who is also the Exercise HB VII Director.
In his closing remarks, the Joint Force Commander commended the commitment and cohesion demonstrated by all involved throughout the TTX. He noted that collaborative planning, including understanding the scenario, reconciling differing views and responding constructively to advice and criticism, was an important part of the exercise. These experiences help build cooperation, trust and synergy among officers from different professional backgrounds and areas of expertise.
The Joint Force Commander RBAF also expressed appreciation to the organisers, Exercise Umpires, participants and observers from government agencies. Feedback from the umpires on capability gaps identified during the TTX will precede further improvements and preparations for the next phases. He emphasised that progressing from the TTX to the Command Post Exercise (CPX) and Field Training Exercise (FTX) are important for testing RBAF’s readiness comprehensively, from planning through to field execution, while clarifying the respective roles of the RBAF and government agencies in addressing increasingly complex security threats.
The three-day TTX was conducted from Tuesday, 8 September to Thursday, 10 September 2026, involved 80 participants from across all units, including supporting elements and observers from government agencies under the coordination of Joint Force Headquarters RBAF. The programme included a presentation of the exercise outcomes by a representative of the participants, followed by an overall summary from the Exercise Umpires. The TTX comprises a series of planning activities designed to test, evaluate and strengthen the RBAF’s operational readiness in responding to contemporary security threats. It focuses on tactical integration and decision-making at the joint operational level. The outcomes of the TTX will inform preparations for the CPX and the subsequent (FTX).















