KUALA LUMPUR, 3 Sep – The 3rd ASEAN-Australia MARSEC Symposium 2026 was held at Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Bringing together maritime strategic thinkers, military practitioners, and academics from across ASEAN and Australia for a two-day of presentations dan dialogue sessions on the future of regional maritime security. The symposium was attended by Lieutenant Commander Muhd Hamizan Jalil, RBN from Joint Force RBAF (JF RBAF).

The symposium was co-organised by Air and Space Power Centre (ASPC) and Sea Power Centre (SPC) from Australia and Sea Power Centre, Royal Malaysian Navy (SPC RMN) with this year’s theme “Enhancing Southeast Asia Cooperation for a Stable Indo-Pacific.” 

Presentations and briefings related to maritime aspects were given by prominent  speakers, partner institutions and participating maritime agencies from ASEAN and Australia throughout the two-day event.

Throughout the conduct of the symposium, discussion and panel dialogue sessions were focused on key issues shaping the harmonious regional maritime environment including maritime security, information sharing and capacity-building measures.

The symposium provided an important platform for all participants of the symposium to exchange perspectives, deepen mutual understanding and explore practical avenues for strengthening cooperation in the region’s maritime domain and beyond.

Beyond the exchange of ideas, the symposium reaffirmed the importance of dialogue, trust, and strategic cooperation in addressing the increasingly complex maritime challenges facing Southeast Asia and the wider Indo-Pacific.

THE 3RD ASEAN-AUSTRALIA MARITIME SECURITY (MARSEC) SYMPOSIUM 2026

KUALA LUMPUR, 3 Sep – 3rd ASEAN-Australia MARSEC Symposium 2026 telah dilaksanakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Simposium ini telah menghimpunkan para pakar strategik maritim, pegawai-pegawai angkatan tentera sahabat dan pensyarah-pensyarah akademia dari seluruh ASEAN dan Australia bagi penyampaian pembentangan serta sesi dialog selama dua hari mengenai sekuriti dan keselamatan kawasan maritim rantau Asia Tenggara dan Australia. Simposium tersebut telah dihadiri oleh Leftenan Komander Muhd Hamizan Jalil, TLDB dari Angkatan Bersama ABDB (AB ABDB).

Simposium ini dianjurkan bersama oleh Air and Space Power Centre (ASPC) dan Sea Power Centre (SPC) dari Australia dan Sea Power Centre Royal Malaysian Navy (SPC RMN) dengan tema tahun ini iaitu “Enhancing Southeast Asia Cooperation for a Stable Indo-Pacific”.

Pembentangan dan taklimat berkaitan isu-isu maritim telah disampaikan oleh para pakar dan pensyarah jemputan tempatan dan antarabangsa, institusi-institusi rakan kerjasama maritim dan juga agensi-agensi maritim dari negara-negara ASEAN dan Australia sepanjang dua hari penganjurannya.

Sepanjang simposium tersebut diadakan, sesi perbincangan dan dialog bersama ahli-ahli penal  memfokuskan kepada isu-isu maritim demi membentuk persekitaran perairan rantau Asia Tenggara yang harmoni termasuk keselamatan maritim, perkongsian maklumat dan langkah-langkah pembangunan kapasiti.

Simposium ini juga adalah salah satu daripada landasan maritim penting kepada semua peserta untuk bertukar-tukar pandangan, mendalami pemahaman maritim bersama dan meneroka pelbagai pendekatan praktikal maritim demi mengukuhkan kerjasama di perairan rantau Asia Tenggara.

Selain daripada pertukaran idea, simposium ini turut menegaskan kepentingan dialog, kepercayaan dan kerjasama strategik dalam menangani sebarang isu-isu maritim yang semakin  mencabar di perairan rantau Asia Tenggara dan Indo-Pasifik.