PENANJONG GARRISON, Thursday, 2 July 2026 – The Final Planning Conference (FPC) for the 22nd ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus Experts’ Working Group on Peacekeeping Operations (ADMM-Plus EWG on PKO) concluded successfully marking the completion of a significant planning milestone towards the conduct of the Field Training Exercise (FTX) known as Exercise Aman Damai; Shared Future 2026 – Brunei Darussalam.
The conference was jointly hosted under the co-chairmanship of Brunei Darussalam and the People’s Republic of China, bringing together representatives from ASEAN Member States, ADMM-Plus countries and the ASEAN Secretariat. Throughout the conference, delegates engaged in comprehensive discussions to finalise the operational, administrative and logistical arrangements required to ensure the successful execution of the multinational peacekeeping exercise scheduled to be held from 27 November to 12 December 2026 at Penanjong Garrison, Brunei Darussalam.
Over the course of the conference, participating delegations reached consensus on the overall concept and framework of the Field Training Exercise, confirming a three-phase training structure comprising pre-training activities, individual lane training and scenario-based multinational joint operations. The conference also validated seven key peacekeeping training subjects, namely Battlefield Reconnaissance, Security Patrol, Armed Escort, Protection of Civilians (POC), Demining and Explosive Ordnance Removal (EOR), Counter-Terrorist Response, and Medical Evacuation (MEDEVAC). These training activities are designed to strengthen interoperability, operational readiness and collective peacekeeping capabilities among participating armed forces in accordance with United Nations peacekeeping principles.
Delegates also participated in a comprehensive site survey of the proposed training venues within Penanjong Garrison, where they reviewed facilities designated for tactical training, accommodation, lecture theatres, sports and welfare activities, as well as the locations for the opening and closing ceremonies. The site survey enabled participating nations to gain a clearer understanding of the exercise environment and to further refine planning requirements ahead of the FTX.
The Final Planning Conference was wrapped up by the Co-Chairmen, Lieutenant Colonel Pg Aeddie Masjaffrie bin Pg Haji Mohd Ja’afar, Brunei Darussalam and Senior Colonel Wang Haitao, People’s Republic of China. They commended all participating delegations for their dedication, constructive engagement, and spirit of cooperation throughout the conference, noting that the successful completion of the planning process reflects the strong partnership among ASEAN Member States and ADMM-Plus countries in advancing regional peacekeeping cooperation. They also expressed confidence that the agreements reached during the conference would contribute significantly to the successful execution of the exercise.
As host nation, Brunei Darussalam reaffirmed its commitment to working closely with all participating countries to ensure the successful conduct of Exercise Aman Damai; Shared Future 2026 – Brunei Darussalam, which will provide an important platform for enhancing interoperability, building confidence and reinforcing regional partnerships in support of international peace and security.









FINAL PLANNING CONFERENCE (FPC) ADMM-PLUS EXPERT WORKING GROUP ON PEACEKEEPING KE-22 DAN LAWATAN KE KAWASAN LATIHAN DI PENANJONG GARISON
PENANJONG GARISON, Khamis, 2 Julai 2026 – Final Planning Conference (FPC) bagi the 22nd ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus Experts’ Working Group on Peacekeeping Operations (ADMM-Plus EWG on PKO) telah menutup tirainya dengan jayanya sekaligus menandakan pencapaian penting dalam fasa perancangan menjelang pelaksanaan Field Training Exercise (FTX) Ekesais Aman Damai; Shared Future 2026 – Brunei Darussalam.
Persidangan tersebut dianjurkan secara bersama antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China, dengan menghimpunkan wakil-wakil daripada Negara-Negara Anggota ASEAN, negara-negara ADMM-Plus serta Sekretariat ASEAN. Sepanjang persidangan berlangsung, para delegasi telah mengadakan perbincangan yang menyeluruh dalam aspek operasi, pentadbiran dan logistik yang diperlukan untuk memastikan pelaksanaan latihan pengaman pelbagai negara tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Eksesais tersebut dijadualkan berlangsung dari 27 November hingga 12 Disember 2026 di Penanjong Garrison, Negara Brunei Darussalam.
Sepanjang persidangan tersebut, semua delegasi telah mencapai kata sepakat terhadap konsep dan struktur keseluruhan FTX, termasuk mengesahkan struktur latihan yang terdiri daripada tiga fasa, iaitu latihan persediaan awal, latihan lorong individu (individual lane training) dan latihan operasi bersama pelbagai negara berasaskan senario. Persidangan turut menyetujui tujuh subjek utama latihan pengaman, iaitu Battlefield Reconnaissance, Security Patrol, Armed Escort, Protection of Civilians (POC), Demining and Explosive Ordnance Removal (EOR), Counter-Terrorist Response, dan Medical Evacuation (MEDEVAC). Modul latihan ini di rangka bagi memperkukuh interoperabiliti, meningkatkan kesiapsiagaan operasi serta mempertingkatkan keupayaan kolektif pasukan pengaman dalam kalangan angkatan tentera negara-negara peserta selaras dengan prinsip-prinsip operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Para delegasi turut menyertai tinjauan secara menyeluruh ke lokasi-lokasi latihan yang dicadangkan di Penanjong Garison, meliputi kemudahan latihan taktikal, penginapan, dewan kuliah, kemudahan sukan dan kebajikan, serta lokasi yang telah dikenal pasti bagi pelaksanaan majlis pembukaan dan penutupan eksesais. Tinjauan tersebut memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada negara-negara peserta mengenai persekitaran eksesais, sekali gus membolehkan keperluan perancangan diperhalusi sebelum pelaksanaan FTX.
Final Planning Conference tersebut diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Pengerusi Bersama, iaitu Leftenan Kolonel Pg Aeddie Masjaffrie bin Pg Haji Mohd Ja’afar mewakili Negara Brunei Darussalam dan Senior Colonel Wang Haitao mewakili Republik Rakyat China. Dalam ucapan mereka, kedua-dua Pengerusi Bersama merakamkan penghargaan kepada semua delegasi atas komitmen, penglibatan yang konstruktif serta semangat kerjasama yang ditunjukkan sepanjang persidangan berlangsung. Mereka turut menegaskan bahawa kejayaan memuktamadkan proses perancangan ini mencerminkan hubungan kerjasama yang erat antara Negara-Negara Anggota ASEAN dan negara-negara ADMM-Plus dalam memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang operasi pengaman. Di samping itu, para delegasi juga menyatakan keyakinan bahawa segala persetujuan yang dicapai sepanjang persidangan akan menjadi asas penting kepada kejayaan pelaksanaan eksesais tersebut.
Selaku tuan rumah, Negara Brunei Darussalam menegaskan semula komitmennya untuk terus bekerjasama rapat dengan semua negara peserta bagi memastikan kejayaan penganjuran Eksesais Aman Damai; Shared Future 2026 – Brunei Darussalam. Eksesais ini dijangka menjadi platform penting dalam mempertingkatkan interoperabiliti, memperkukuh keyakinan bersama serta mengeratkan lagi kerjasama pertahanan serantau, sekali gus menyumbang ke arah usaha mengekalkan keamanan dan keselamatan di peringkat antarabangsa.