INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (ICC), BERAKAS, Thursday, 04 September 2025 – Two officers from the Joint Force Headquarters, Royal Brunei Armed Forces (JFHQ, RBAF) led by Commander Saiful Hazril bin Ali, RBN, Staff Officer Grade 1 Operation, JFHQ RBAF, participated in the 5th ANCORS Law of the Sea Course, which was co-hosted by the Ministry of Foreign Affairs and the ANCORS, University of Wollongong, Australia. The course was also attended by officers from various government agencies of Negara Brunei Darussalam.
The 4-day course was held from 01 to 04 September 2025, aimed to equip participants with an in-depth understanding of maritime law, particularly the United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS), and current issues related to global maritime security and governance.
The participation of Joint Force officers in this course has enhanced their operational understanding of UNCLOS, particularly in areas such as maritime rights, dispute resolution, and its practical application in the Indo-Pacific. Discussions on “grey zone” tactics and their connection to international law further strengthened the officers’ ability to plan and conduct maritime operations that are lawful, integrated, and responsive to current challenges in strengthening RBAF’s capacity to safeguard peace and security within Brunei Darussalam’s Exclusive Economic Zone.




DUA PEGAWAI DARI MARKAS ANGKATAN BERSAMA, ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (MAB ABDB) MENYERTAI 5TH AUSTRALIAN NATIONAL CENTRE FOR OCEAN RESOURCES AND SECURITY (ANCORS) LAW OF THE SEA COURSE
PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA (ICC), BERAKAS, Khamis, 04 September 2025 – Dua orang pegawai dari Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB) yang diketuai oleh Komander Saiful Hazril bin Ali, TLDB, Pegawai Turus Gerakas, MAB ABDB, telah menyertai Kursus Undang-Undang Laut ANCORS siri ke-lima anjuran bersama diantara Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan ANCORS, Universiti Wollongong, Australia.
Kursus selama empat hari yang diadakan dari 01 hingga 04 September 2025 ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang mendalam kepada para peserta mengenai undang-undang maritim, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), serta isu-isu semasa yang berkaitan dengan keselamatan dan tadbir urus maritim global.
Penyertaan pegawai MAB ABDB dalam kursus ini telah meningkatkan pemahaman operasi berkaitan UNCLOS, khususnya dalam aspek hak maritim, penyelesaian pertikaian, dan aplikasi praktikal di Indo-Pasifik. Perbincangan tentang taktik “grey zon” dan kaitannya dengan undang-undang antarabangsa turut memperkukuh keupayaan pegawai dalam merancang dan melaksanakan operasi maritim secara sah, bersepadu, dan responsif terhadap cabaran semasa dalam memperkukuhkan keupayaan ABDB untuk memelihara keamanan dan keselamatan dalam Zon Ekonomi Eksklusif Negara Brunei Darussalam.