BOLKIAH GARRISON, Monday, 04 March 2024 – The Acting Joint Force Commander Royal Brunei Armed Forces, Colonel (U) Hismawadi bin Hj Mohammad Said received an introductory call from Colonel Garry L. Atienza Paf (CSC), incoming defense Attaché of The Republic of the Philippines to Brunei Darussalam today.
During the call, Acting Joint Force Commander Royal Brunei Armed Forces congratulated Colonel Garry L. Atienza on his appointment as the new Defense and Armed Forces Attaché of The Republic of the Philippines to Brunei Darussalam. The call aims to further enhance interactions and engagements involving beneficial for both Armed Forces.
Acting Joint Force Commander Royal Brunei Armed Forces and The Republic of the Philippines newly appointed Defense and Armed Forces Attaché to Brunei Darussalam both expressed their hope that the defence and military cooperation between the two countries will continue to grow through various fields.
PEMANGKU PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN DAN ANGKATAN TENTERA REPUBLIK FILIPINA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Isnin, 04 Mac 2024 – Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kolonel (U) Hismawadi bin Hj Mohammad Said telah menerima kunjungan pengenalan daripada Kolonel Garry L. Atienza Paf (CSC), Atase Pertahanan dan Angkatan Tentera Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini.
Semasa kunjungan tersebut, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei menyampaikan ucapan tahniah kepada Kolonel Garry L. Atienza atas pelantikan jawatan sebagai Atase Pertahanan yang baharu ke Negara Brunei Darussalam. Kunjungan tersebut bertujuan untuk meningkatkan interaksi dan penglibatan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua Angkatan Tentera.
Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Atase Pertahanan dan Angkatan Tentera Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik telah sama-sama menyuarakan harapan agar kerjasama pertahanan dan ketenteraan kedua-dua buah negara akan terus berkembang melalui pelbagai bidang.