KAMPONG BATU MARANG, Friday, 17 January 2025 - In commemoration of the 17th Anniversary of Joint Force Headquarters Royal Brunei Armed Forces (JFHQ RBAF), a cleaning campaign was conducted at the grave site of JHFQ's personnel who have passed away, located in Kampong Batu Marang. The activity included the recitation of Surah Yassin and Tahlil, followed by a Tazkirah titled 'Maintaining the Cleanliness of the Grave, Cultivating Awareness of Life and Death' delivered by personnel from the RBAF Religious Directorate.
Attending as guest of honor was Lieutenant Colonel (U) Pengiran Irwandi bin Pengiran Haji Chuchu. Also present were the family members of the late personnel, as well as officers and personnel of JFHQ RBAF.
Along with performing acts of charity, the activity aimed to increase the rewards for the late personnel through continuous good deeds. It also served as a poignant reminder to all present of the certainty of death, urging them to value their time and make the most of it by dedicating themselves more to worship in preparation for their eventual return to the Creator.
KEMPEN MEMBERSIHKAN KUBUR DAN BACAAN SURAH YASIN SERTA TAHLIL SEMPENA HARI ULANG TAHUN MARKAS ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-17 TAHUN
KAMPONG BATU MARANG, Jumaat, 17 Januari 2025 – Sempena menyambut Hari Ulang Tahun Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB) ke-17 tahun, pihak Markas ini telah mengadakan kempen kebersihan di kawasan tanah perkuburan anggota MAB yang telah kembali ke Rahmatullah yang terletak di Kampong Batu Marang. Kempen tersebut turut disertai dengan aktiviti bacaan Surah Yasin dan Tahlil, diikuti dengan penyampaian tazkirah bertajuk 'Menjaga Kebersihan Kubur, Menyemai Keinsafan Tentang Kehidupan Dan Kematian' oleh anggota Jabatanarah Agama ABDB.
Hadir selaku tetamu kehormat semasa acara berkenaan adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel(U) Pengiran Irwandi bin Pengiran Haji Chuchu. Turut hadir ahli keluarga anggota MAB yang telah kembali ke Rahmatullah, Pegawai-pegawai dan anggota MAB ABDB.
Selain daripada berbuat amal kebajikan, acara tersebut juga bertujuan bagi menambah pahala anggota yang telah meninggal dunia melalui amalan jariah dan secara tidak langsung memberi peringatan kepada anggota yang hadir tentang kematian supaya lebih menghargai dan memanfaatkan dengan baik setiap masa yang diberikan dengan memperbanyakkan ibadah sebagai persiapan menghadap Illahi nanti.