LUMUT, SATURDAY, 22 March 2025 – The Acting Joint Force Commander of the Joint Force Headquarters (JFHQ) and his spouse attended the Sentuhan Kasih Ramadhan ceremony organised by Royal Brunei Navy (RBN) dedicated to 10 orphans from families of departed RBAF personnel and Ministry of Defence held at Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp, 3rd Batallion, Royal Brunei Land Forces.
Present as the Guest of Honour at the event to hand over the donations were Yang Mulia Brigadier General (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary Ministry of Defence and his spouse, Yang Mulia Datin Hajah Azizah binti Haji Miramit. Also present during the ceremony was the Royal Brunei Navy Commander and his spouse.
The ceremony commenced with a mass recital of Surah Yassin, Tahlil and Doa Tahlil. The event then proceeded with the presentation of the donations to the fellow recipients and concluded with a group photo session.
Sentuhan Kasih Ramadhan is an annual event organised by RBAF and MINDEF during the holy month of Ramadhan. The donations were raised from proceeds by the RBAF and MINDEF Welfare Fund, BAKTI, RBAF personnel and Suraus to bring joy and ease the burden of the orphans in preparation for the upcoming Hari Raya Aidilfitri celebration.

PEMANGKU PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA MENGHADIRI ACARA SENTUHAN KASIH RAMADHAN 1446H/2025M
LUMUT, SABTU, 22 Mac 2025 - Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama dan isteri beliau telah menghadiri Acara Sentuhan Kasih Ramadhan. Acara yang dianjurkan oleh Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) ini dikhususkan untuk 10 anak yatim daripada keluarga anggota ABDB dan Kementerian Pertahanan yang telah meninggal dunia.
Acara tersebut bertempat di Surau Ar-Rahmah, Kem Lumut, Batalion Ke-3, Tentera Darat Diraja Brunei. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Brigadier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan dan isteri, Yang Mulia Datin Hajah Azizah binti Haji Miramit. Turut hadir semasa majlis tersebut ialah Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei dan isteri beliau.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Tahlil. Acara kemudian diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada penerima dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Sentuhan Kasih Ramadhan merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh ABDB semasa bulan suci Ramadhan. Sumbangan yang diberikan adalah hasil kutipan daripada Tabung Kebajikan ABDB dan Kementerian Pertahanan, BAKTI, anggota ABDB dan surau-surau bertujuan untuk membawa kegembiraan dan meringankan beban anak-anak yatim dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.