Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JOINT FORCE HEADQUARTERS' OFFICER RECEIVES LETTER OF CREDENCE DURING RBLF PRESENTATION CEREMONY

BERAKAS GARRISON, Wednesday, 26th March 2025An officer from the Joint Force Headquarters Royal Brunei Armed Forces (JFHQ RBAF) received a Letter of Credence as the Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a presentation of Letters of Credence to the RBLF Commissioned Officers from year 2021 to 2023.

Presenting the Letters of Credence was Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Field Commander of RBLF. A total of 101 officers had received the letters in the event, including Lieutenant Mohammad Hadi Samsol bin Alex Qurnaine from JFHQ RBAF. The event was held at the Officer's Mess, Berakas Garrison.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the Letters of Credence presentation and concluded with the recitation of Doa Intipati Tanggungjawab dan Amanah.

The Letters of Credence serves as an official recognition to the appointment of the officers with considerable trust and responsibility in carrying their duties as a RBAF personnel.




PEGAWAI MAB ABDB MENERIMA SIJIL WATIKAH PELANTIKAN DI MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL WATIKAH PELANTIKAN TDDB

BERAKAS GARISON, Rabu, 26 Mac 2025 – Seorang pegawai daripada Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB) telahpun menerima Sijil Watikah Pelantikan di Majlis Penyampaian yang telah diadakan oleh Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Penerima-penerima bagi Penyampaian Sijil Watikah Pelantikan ini adalah terdiri dari Pegawai-pegawai TDDB yang ditauliahkan dari tahun 2021 hingga 2023.

Hadir bagi acara penyampaian tersebut ialah Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB. Seramai 101 pegawai termasuk seorang pegawai MAB ABDB iaitu Leftenan Mohammad Hadi Samsol bin Alex Qurnaine, telahpun menerima sijil tersebut yang berlangsung di Mes Pegawai, Berakas Garison.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian Sijil Watikah Pelantikan dan diakhiri dengan bacaan Doa Intipati Tanggungjawab dan Amanah.

Sijil Watikah Pelantikan ini adalah pengiktirafan rasmi terhadap pelantikan seorang pegawai dengan amanah dan tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan dan memikul tugas mereka sebagai anggota ABDB.​