TARLAC, REPUBLIC OF PHILIPPINES, Friday, 28 March 2025 – The ASEAN Peacekeeping Staff Exercise 3 (APSE 3) Planning Workshop was successfully held at the Armed Forces of the Philippines Peacekeeping Operations Center (AFPPKOC) from 24–28 March 2025. The workshop aimed to enhance ASEAN interoperability and capacity in Peace Support Operations (PSO) by refining key documents and aligning the exercise framework in preparation for the APSE 3 Staff Exercise (STAFFEX) in September 2025.
Military officers from ASEAN member states participated in scenario-based discussions, mission planning and Standing Operating Procedures (SOP) reviews to enhance coordination in multinational peacekeeping operations. Representing the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) were Major Hj Nafisal bin Hj Salim, Major (U) Pg Abd Azim bin Pg Idris and Captain Md Farid bin Md Raffi, demonstrating Brunei Darussalam commitment towards contributing to regional peacekeeping initiatives and enhancing military professionalism in multinational operations.
The APSE 3 continues to be a key initiative in promoting regional stability and cooperation, ensuring that ASEAN member states remain well-prepared to support global peace efforts. The successful conclusion of APSE 3 highlighted the dedication of all participating personnel and the commitment of ASEAN towards upholding peace and security.



BENGKEL PERANCANGAN LATIHAN STAF PENGAMAN ASEAN 3 (APSE 3) MEMPERKUKUH INTEROPERABILITI DAN KESIAPSIAGAAN SERANTAU
TARLAC, REPUBLIK FILIPINA, Jumaat, 28 Mac 2025 – Bengkel Perancangan ASEAN Peacekeeping Staff Exercise 3 (APSE 3) telah berjaya diadakan di Pusat Operasi Pengaman Angkatan Bersenjata Filipina (AFPPKOC) dari 24 hingga 28 Mac 2025. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan interoperabiliti dan keupayaan ASEAN dalam Peace Support Operation (PSO) dengan menilai semula dokumen utama serta menyelaraskan rangka kerja latihan dan beberapa perancangan konsep eksesais sebagai persediaan untuk Latihan Staf APSE 3 (STAFFEX) pada September 2025.
Pegawai tentera dari negara-negara ASEAN telah mengambil bahagian dalam perbincangan berasaskan senario, perancangan misi dan membuat penilaian serta kajian dan penyemakkan semula Prosedur Operasi Tetap (SOP) bagi meningkatkan koordinasi dalam operasi pengaman multinasional. Mewakili Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ialah Mejar Hj Nafisal bin Hj Salim, Mejar (U) Pg Abd Azim bin Pg Idris dan Kapten Md Farid bin Md Raffi, yang menunjukkan komitmen Negara Brunei Darussalam dalam menyumbang kepada inisiatif pengaman serantau serta meningkatkan profesionalisme ketenteraan dalam operasi multinasional.
APSE 3 terus menjadi inisiatif utama dalam mempromosikan kestabilan dan kerjasama serantau, memastikan negara-negara anggota ASEAN sentiasa bersiap siaga untuk menyokong usaha keamanan global. Kejayaan penutupan APSE 3 menonjolkan dedikasi semua anggota yang terlibat serta komitmen ASEAN dalam menegakkan keamanan dan keselamatan serantau.