Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JOINT FORCE COMMANDER RECEIVES AN OFFICE CALL FROM CHIEF OF JOINT OPERATIONS, AUSTRALIAN DEFENCE FORCE

BOLKIAH GARRISON, Monday, 25 August 2025 – Vice Admiral Justin Jones, Chief of Joint Operations (CJOPS) of the Australian Defence Force (ADF) and his delegation made an official visit to the Ministry of Defence this morning as part of his one-day working visit to Brunei Darussalam.

At the Ministry of Defence, Vice Admiral Justin Jones, made separate calls to Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Poh Kui Choon, Deputy Permanent Secretary and Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander.

During the courtesy calls, both sides reaffirmed the longstanding and close defence relationship between Brunei Darussalam and Australia, which continues to strengthen over the years through bilateral engagements. This bilateral relationship is also strengthened by the continuous military interactions between RBAF and ADF such as training programs, military cooperations and joint exercises such as Exercise Mallee Bull, Exercise Penguin, Exercise Kakadu, and Exercise Star Leopard. Moreover, both sides expressed appreciation for the ongoing cooperation on Indo-Pacific Endeavour (IPE) initiative. The IPE initiative remains a flagship demonstration of regional engagement, fostering interoperability and strengthening defence relations to ensure stability and security across the Indo-Pacific region. The IPE is scheduled to be held in September this year.

Vice Admiral Justin Jones and his delegation was also hosted to a lunch by the Joint Force Commander.

Vice Admiral Justin Jones was appointed as Chief of Joint Operations, Australia Defence Force since 5 July 2024. His working visit highlights the warm and cordial bilateral defence relationship between Brunei Darussalam and Australia. Since the first signing of the Defence Memorandum of Understanding in 1985, Brunei Darussalam and Australia have engaged in numerous joint military exercises, policy dialogues, training initiatives, and capacity-building exchanges.



PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA MENERIMA KUNJUNGAN KERJA DARIPADA KETUA OPERASI BERSAMA, ANGKATAN TENTERA AUSTRALIA

BOLKIAH GARISON, Isnin, 25 Ogos 2025 - Laksamana Madya Justin Jones, Panglima Operasi Bersama, Angkatan Pertahanan Australia (ADF) dan delegasi telah membuat lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan sebagai sebahagian daripada iterinari lawatan kerja sehari beliau ke Negara Brunei Darussalam.

Di Kementerian Pertahanan, Laksamana Madya Justin Jones telah membuat kunjungan-kunjungan hormat yang berasingan kepada Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Mulia Poh Kui Choon, Timbalan Setiausaha Tetap dan Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama.

Semasa kunjungan-kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak menekankan semula hubungan pertahanan yang telah lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Australia. Perhubungan dua hala tersebut turut diperkukuhkan melalui interaksi pertahanan yang berterusan di antara ABDB and ADF dalam berbagai aktiviti program latihan, kerjasama ketenteraan dan eksesais bersama seperti Eksesais Mallee Bull, Eksesais Penguin, Eksesais Kakadu dan Eksesais Star Leopard. Selain itu, kedua-dua pihak juga menyatakan penghargaan terhadap inisiatif atas kerjasama yang berterusan dalam inisiatif Indo-Pacific Endeavour (IPE). IPE terus menjadi platform utama dalam memperkukuh kerjasama serantau, meningkatkan kebolehsinambungan serta mengeratkan hubungan pertahanan dalam memelihara kestabilan dan keselamatan di rantau Indo-Pasifik. Program IPE dijadualkan berlangsung pada bulan September tahun ini.

Laksamana Madya Justin Jones dan delegasi turut menghadiri jamuan makan tengah hari yang dianjurkan oleh Pemerintah Angkatan Bersama.

Laksamana Madya Justin Jones menjawat jawatan Chief of Joint Operations (CJOPS), ADF semenjak 5 Julai 2024. Lawatan kerja beliau mempamerkan hubungan pertahanan dua hala yang rapat di antara Negara Brunei Darussalam dan Australia. Sejak penandatanganan Memorandum Persefahaman Pertahanan pada tahun 1985, Negara Brunei Darussalam dan Australia telah melaksanakan pelbagai latihan bersama, dialog dasar-dasar pertahanan, inisiatif latihan dan juga pelbagai pertukaran bagi pembangunan kapasiti.