BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 6 September 2025 – Joint Force Headquarters Royal Brunei Armed Forces (JFHQ RBAF) joined His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and members of the Royal family for the mass gathering and procession to commemorate the Birthday Anniversary of the Prophet Muhammad (PBUH) with the main event at the Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and welcoming remark by the Minister of Religious Affairs. The event continued with a Dikir Marhaban, Sayyidul Istighfar, and Selawat followed by the 1.9-kilometre parade procession around Bandar Seri Begawan led by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.
Colonel (U) Zainolhizad bin Hj Mohd Zain, Head of Cyber Defence Unit led the procession consisting of 459 RBAF personnel.
The theme of this year's annual Maulidur Rasul is 'Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Adalah Teladan Keluarga Sakinah, Mawaddah Warahmah'. This ceremony serves as a commemoration of Prophet Muhammad PBUH and a gathering that revives positive values, fosters solidarity, spiritual enrichment, and promotes unity within the Muslim Community.



MARKAS ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (MAB ABDB) MENYERTAI PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGARATAHUN 1447 HIJRAH
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 6 September 2025 – Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB) turut menyertai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerabat Diraja dalam perhimpunan dan perarakan bersempena Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam yang tumpuan utama diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan sembah alu-aluan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama. Acara diteruskan dengan persembahan Dikir Marhaban, bacaan Sayyidul Istighfar dan Selawat diikuti dengan perarakan sejauh 1.9 kilometer mengelilingi Bandar Seri Begawan dikepalai oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Pasukan perarakan anggota ABDB diketuai oleh Kolonel (Udara) Zainolhizad bin Haji Mohammad Zain, Ketua Unit Pertahanan Siber, yang merangkumi seramai 459 anggota ABDB.
Upacara tahunan Maulidur Rasul pada tahun ini membawa tema 'Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Adalah Teladan Keluarga Sakinah, Mawaddah Warahmah'. Acara ini adalah sebagai memperingati Nabi Muhammad SAW dan sebuah perhimpunan yang menghidupkan nilai-nilai positif, memupuk solidariti, kerohanian, dan meningkatkan perpaduan di kalangan umat Islam.