KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Monday, 8 September 2025 – The 15th Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Military Operations Meeting (15th AMOM) 2025 was held at InterContinental Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia, and was chaired by Major General Dato' Indera Zahari bin Mohd Ariffin, Assistant Chief of Staff (Operations and Defence Training), Malaysian Armed Forces.
Representing the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) was Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander RBAF.
With the theme 'Inclusivity and Sustainability', the 15th AMOM discussed and exchanged views on regional security challenges and ways to strengthen practical cooperation to maintain security, peace, and prosperity within the region. All heads of delegation also presented their two-year activity work plans for 2025-2027, which will be submitted during the 22nd ASEAN Chiefs of Defence Forces Meeting (22nd ACDFM).
The meeting concluded with the official handover of the AMOM Chairmanship to the Republic of the Philippines.



MESYUARAT OPERASI KETENTERAAN ASEAN KE-15 BAGI TAHUN 2025
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Isnin, 8 September 2025 – Mesyuarat Operasi Ketenteraan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ke-15 (AMOM ke-15) telah diadakan di InterContinental Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia dan telah dipengerusikan oleh Mejar Jeneral Dato' Indera Zahari bin Mohd Ariffin, Asisten Ketua Staf Operasi Latihan Pertahanan (AKS OLP), Bahagian Operasi Latihan Pertahanan (BOLP) Markas Angkatan Tentera Malaysia.
Mewakili Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) adalah Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB.
Bertemakan 'Inclusivity and Sustainability', AMOM ke-15 telah membincangkan dan bertukar pandangan mengenai isu-isu keselamatan serantau dan cara-cara bagi meningkatkan kerjasama untuk mengekalkan keselamatan, keamanan dan kemakmuran serantau. Para ketua delegasi turut membentangkan pelan kerja yang mengandungi aktiviti-aktiviti dalam tempoh dua tahun bagi tahun 2025-2027 yang akan dikemukakan semasa Mesyuarat Ketua-Ketua Angkatan Pertahanan ASEAN ke-22 (ACDFM ke-22).
Mesyuarat diakhiri dengan penyerahan rasmi Pengerusi AMOM kepada Republik Filipina.