BOLKIAH GARRISON, Monday, 15 September 2025 – The Badge Presentation Ceremony of Brunei Darussalam for the deployment of Augmentation Interim Observer Team (AIOT) to Siam Reap, Cambodia was held this afternoon at Bolkiah Garrison.
The presentation of the national badge was handed over by Yang Mulia Colonel Pengiran Rumaizi bin Pengiran Othman, the Joint Force Commander to Yang Mulia Major (U) Pengiran Abdul Azim bin Pengiran Idris, the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) representative for the AIOT.
Also in attendance were the Deputy Services Commanders, Directors, Deputy Director of the Department of International Organisations, Ministry of Foreign Affairs, Counsellor from the Royal Embassy of Cambodia, Defence Attache of the Royal Thai Armed Forces to Brunei Darussalam, the representative to the Defence Adviser of Malaysia to Brunei Darussalam, senior officers, and officers of the Ministry of Defence. The ceremony concluded with a group photo session with Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF.
Major (U) Pengiran Abdul Azim bin Pengiran Idris is scheduled to depart tomorrow to to Siem Reap, Cambodia.
The AIOT, led by Malaysia, is an ASEAN observers team comprising representatives from several member states, mandated to monitor dan assist in maintaining the ceasefire along the Cambodia-Thailand border following the border conflict in July 2025.
The RBAF participation in the AIOT is aimed facilitating dialogue between conflicting parties, supporting peaceful political reconciliation processes, and providing fair and impartial assessments. This also includes contributing to ASEAN-led conflict resolution efforts, strengthening regional security cooperation among ASEAN member states, and implementing confidence-building measures to enhance transparency and trust.
The overall objective of this operation is to contribute effectively towards maintaining stability, preventing escalation and reinforcing ASEAN's role in addressing the regional crisis.




UPACARA PEMASANGAN LENCANA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI PENUGASAN AHLI AUGMENTATION INTERIM OBSERVER TEAM (AIOT)
BOLKIAH GARISON, Isnin, 15 September 2025 – Majlis pemasangan lencana Negara Brunei Darussalam bagi penugasan Augmentation Interim Observer Team (AIOT) ke Siam Reap, Kemboja telah diadakan pada petang tadi di Bolkiah Garrison.
Pemasangan lencana negara telah disempurnakan oleh Yang Mulia Kolonel Pengiran Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB kepada Yang Mulia Mejar (U) Pengiran Abdul Azim bin Pengiran Idris perwakilan dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi AIOT.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah, Pemangku Pengarah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kaunselor Kedutaan Kemboja, Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam serta Wakil Atase Pertahanan Malaysia, Pegawai-pegawai Kanan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.
Mejar (U) Pengiran Abdul Azim bin Pengiran Idris dijadualkan bertolak esok ke Siam Reap, Kemboja.
AIOT yang diterajui oleh Malaysia merupakan pasukan pemerhati ASEAN yang terdiri daripada wakil beberapa negara anggota, dengan mandat untuk memantau dan membantu mengekalkan gencatan senjata di sepanjang sempadan Kemboja–Thailand berikutan tercetusnya konflik sempadan pada Julai 2025.
Penyertaan ABDB dalam AIOT adalah bertujuan untuk memudahcara dialog di antara pihak-pihak yang bertelingkah, menyokong proses politik pendamaian, dan memberikan penilaian secara adil. Usaha ini turut merangkumi peranan dalam penyelesaian konflik yang dipimpin oleh ASEAN, pengukuhan kerjasama keselamatan serantau melalui serta langkah-langkah keyakinan bagi meningkatkan ketelusan dan kepercayaan. Matlamat keseluruhan operasi ini adalah untuk menyumbang secara berkesan dalam mengekalkan kestabilan, mencegah sebarang peningkatan konflik dan mengukuhkan peranan ASEAN dalam menangani krisis serantau tersebut.