Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT EMERGENCY EXERCISE 2025

BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 13 November 2025 – The Department of Civil Aviation, Ministry of Transport and Infocommunications, conducted a Field Training Exercise (FTX) for the Brunei International Airport Emergency Exercise on the night of 13 November 2025. The exercise aimed to evaluate the preparedness, coordination effectiveness, and operational capability of relevant agencies in responding to aviation emergencies.

The exercise focused on strengthening understanding of roles and Standard Operating Procedures (SOPs) outlined in the Airport Emergency Plan. Participating agencies included the Royal Brunei Police Force (RBPF), Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Fire and Rescue Department, Department of Medical and Health Services, Royal Brunei Airlines, Immigration and National Registration Department, Royal Customs and Excise Department, and other relevant agencies.

Activated under SOP OPS ANGKASA, the RBAF through the Joint Forces (JF) RBAF deployed medical, land forces, and supporting elements to provide on-site emergency assistance, including the movement of minor casualties from the Casualty Management Area (CMA) to Casualty Clearance Centre (CCC).

Present to observe the exercise was Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Minister of Transport and Infocommunications, along with representatives from relevant agencies. Also attending on behalf of the RBAF were the Chief of Staff JF RBAF, Acting Joint Warfare Staff Officer, Chief Medical Servies, Royal Brunei Land Forces (RBLF) and the Deputy Chief Medical Services (Support), RBLF.

The exercise is expected to further enhance emergency preparedness, communication effectiveness, and inter-agency coordination, thereby strengthening the national crisis management framework.​









LATIHAN KECEMASAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA BRUNEI 2025

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 13 November 2025 – Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah melaksanakan Field Training Exercise (FTX) bagi Latihan Kecemasan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) pada malam 13 November 2025. Latihan ini bertujuan menilai kesiapsiagaan, keberkesanan koordinasi dan keupayaan agensi-agensi berkepentingan dalam menangani insiden kecemasan penerbangan.

Latihan berkenaan memberi penekanan kepada pengukuhan pemahaman mengenai peranan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) di bawah Pelan Kecemasan Lapangan Terbang. Antara agensi terlibat ialah Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja serta agensi-agensi lain.

Melalui pengaktifan SOP OPS ANGKASA, ABDB melalui Angkatan Bersama ABDB turut mengatur gerak unsur Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan elemen sokongan lain bagi memberikan bantuan kecemasan serta melaksanakan pemindahan mangsa dari Casualty Management Area (CMA) ke Casualty Clearance Centre (CCC).

Hadir menyaksikan latihan ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, bersama wakil-wakil agensi berkepentingan. Turut hadir mewakili ABDB ialah Ketua Staf Angkatan Bersama ABDB, Pemangku Pegawai Turus Peperangan Bersama, Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) serta Timbalan Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan (Bantu), TDDB.

Pelaksanaan latihan ini diharapkan dapat meningkatkan kesiapsiagaan, keberkesanan komunikasi dan kerjasama antara agensi, sekali gus memperkukuh keseluruhan rangka kerja pengurusan krisis negara.