BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 19 May 2026 – The 16th ASEAN Military Operations Meeting (16th AMOM) was convened via Video Teleconferencing (VTC) and chaired by Major General Elmer B Suderio PA, Deputy Chief of Staff for Operations J3, Armed Forces of the Philippines. Representing the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) was Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander RBAF.
Held under the theme “Securing Our Future, Together", the meeting served as an important ASEAN military platform for the exchange of views on regional security developments, emerging challenges and opportunities to further strengthen and widen the horizon of practical military cooperation among ASEAN Member States. During the meeting, Heads of Delegation expressed their views on the evolving regional security dynamics, including non-traditional and multidomain security threats, maritime security, cyber-related challenges and the importance of enhancing regional resilience through closer cooperation and sustained dialogue. The meeting also reaffirmed the importance of ASEAN Centrality, defence diplomacy and confidence-building measures in preserving regional peace, stability and prosperity. In this regard, ASEAN militaries underscored the significance of continuing practical cooperation under ASEAN-led mechanisms and frameworks. In support of strengthening regional collaboration, all Heads of Delegation presented their respective two-year activity work plans for 2026–2028, which will be submitted during the 23rd ASEAN Chiefs of Defence Forces Meeting (ACDFM).
The meeting concluded with the official handover of the ASEAN Military Operations Meeting (AMOM) Chairmanship from the Republic of the Philippines to the Republic of Singapore.






16th ASEAN MILITARY OPERATIONS MEETING (AMOM) DIADAKAN SECARA MAYA
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 19 Mei 2026 – 16th ASEAN Military Operations Meeting (AMOM) telah diadakan secara maya (VTC) yang dipengerusikan oleh Mejar Jeneral Elmer B Suderio PA, Timbalan Ketua Staf Operasi J3, Angkatan Tentera Filipina. Mewakili Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ialah Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB.
Dengan tema “Securing Our Future, Together", mesyuarat tersebut merupakan platform penting ketenteraan ASEAN bagi bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau, cabaran-cabaran semasa serta peluang untuk terus memperluas dan memperkukuhkan kerjasama ketenteraan praktikal dalam kalangan Negara-Negara anggota ASEAN. Semasa mesyuarat tersebut, Ketua-Ketua Delegasi membincangkan dinamik keselamatan serantau yang semakin berkembang, termasuk ancaman keselamatan bukan tradisional dan berbagai domin, keselamatan maritim, cabaran berkaitan siber serta kepentingan mempertingkatkan daya tahan serantau melalui kerjasama erat dan dialog yang berterusan. Mesyuarat tersebut turut menegaskan kepentingan ASEAN Centrality, diplomasi pertahanan dan langkah-langkah membangun keyakinan dalam mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau. Sehubungan itu, angkatan tentera ASEAN turut menekankan kepentingan meneruskan kerjasama praktikal di bawah mekanisme dan rangka kerja yang diterajui ASEAN. Bagi menyokong usaha memperkukuhkan kerjasama serantau, semua Ketua Delegasi turut membentangkan pelan aktiviti masing-masing bagi tempoh dua tahun dari 2026 hingga 2028 yang akan dikemukakan semasa 23rd ASEAN Chiefs of Defence Forces Meeting (ACDFM).
Mesyuarat tersebut diakhiri dengan penyerahan rasmi Pengerusi ASEAN Military Operations Meeting (AMOM) daripada Republik Filipina kepada Republik Singapura.