TANAH JAMBU, Thursday, 26 November 2026 – The Command and Staff Course (CSC) 16/2026 marked its successful conclusion with an official closing ceremony held at the Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), Kampung Tanah Jambu.

Five officers from the Joint Force Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) were among the 39 officers who successfully completed the course. The cohort comprised of 20 RBAF officers, one officer from the Ministry of Defence, one officer from the Royal Brunei Police Force and 17 international military officers representing 13 countries, namely the Kingdom of Bahrain, the People’s Republic of Bangladesh, the People’s Republic of China, the Republic of India, the Republic of Indonesia, the Hashemite Kingdom of Jordan, Malaysia, the Sultanate of Oman, the Islamic Republic of Pakistan, the Republic of the Philippines, the Kingdom of Saudi Arabia, the Republic of Singapore and the Kingdom of Thailand.

Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Coordinating Minister for National Security, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, who officiated the closing ceremony and presented certificates and awards to the graduating officers.

In his address, the Coordinating Minister for National Security, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II highlighted the importance of developing capable and competent military leaders in strengthening the three pillars of Brunei Darussalam’s defence strategy, namely Deterrence, Defence Diplomacy and Holistic Defence. He also underscored the significance of professional military education in preparing officers to assume greater responsibilities and contribute towards national defence and security.

Lieutenant Commander Abu Qusyairi bin Haji Yacob, RBN, received the RBAF Commendation Award, marking a notable achievement for JF RBAF. This recognition reflects his dedication, professionalism and commitment to excellence throughout the course.

The 46-week course, conducted in collaboration with Universiti Brunei Darussalam (UBD), was designed to prepare officers for higher command and staff appointments. The curriculum enhanced participants’ competencies in leadership, strategic thinking, defence and security studies, and joint operational planning, while fostering professional relationships and mutual understanding among participating nations.

MEMPERKASA KEPIMPINAN KETENTERAAN DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL: LIMA PEGAWAI ANGKATAN BERSAMA ABDB MENAMATKAN KURSUS MAKTAB TURUS 16/2026

TANAH JAMBU, Khamis, 26 November 2026 – Kursus Maktab Turus 16/2026 telah melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutupan Rasmi yang berlangsung di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), Kampung Tanah Jambu.

Lima pegawai dari Angkatan Bersama ABDB merupakan antara 39 pegawai yang berjaya menamatkan kursus tersebut. Para peserta terdiri daripada 20 pegawai ABDB, seorang pegawai Kementerian Pertahanan, seorang pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei dan 17 pegawai tentera antarabangsa yang mewakili 13 buah negara, iaitu Kerajaan Arab Saudi, Kerajaan Bahrain, Republik Rakyat Bangladesh, Republik Rakyat China, Republik Filipina, Republik India, Republik Indonesia, Kerajaan Hashemite Jordan, Malaysia, Kesultanan Oman, Republik Islam Pakistan, Republik Singapura dan Kerajaan Thailand.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, yang seterusnya menyempurnakan Majlis Penutup dan penyampaian sijil serta anugerah kepada para peserta kursus.

Dalam ucapannya, Yang Berhormat Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II menekankan kepentingan melahirkan pemimpin tentera yang berkeupayaan dan berkompetensi dalam memperkukuh tiga tonggak strategi pertahanan Negara Brunei Darussalam, iaitu Pencegahan, Diplomasi Pertahanan dan Pertahanan Holistik. Beliau turut menekankan kepentingan pendidikan ketenteraan profesional dalam mempersiapkan para pegawai untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar serta menyumbang kea rah memperkukuhkan pertahanan dan keselamatan negara.

Leftenan Komander Abu Qusyairi bin Haji Yacob, TLDB, telah menerima RBAF Commendation Award, sekali gus mencatatkan suatu pencapaian yang membanggakan bagi Angkatan Bersama ABDB. Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi dan komitmen beliau terhadap kecemerlangan profesional sepanjang kursus tersebut. Kursus selama 46 minggu ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Brunei Darussalam (UBD) bertujuan untuk mempersiapkan pegawai-pegawai untuk menggalas tanggungjawab pemerintahan dan tugas staf di peringkat yang lebih tinggi. Kurikulum kursus tersebut telah mempertingkatkan kompetensi para peserta dalam aspek kepimpinan, pemikiran strategik, pengajian pertahanan dan keselamatan serta perancangan operasi bersama, di samping memupuk hubungan profesional dan persefahaman antara negara-negara peserta.