PENANJONG GARRISON, Wednesday, 23 September 2026 – The Closing Ceremony of the Command Post Exercise (CPX) in conjunction with Exercise HB VII was successfully held at the School of Signals, Combat Training Centre (PULGAT), Royal Brunei Land Forces.
The three-day CPX was conducted from 21 to 23 September 2026 across various military headquarters. Present as the Guest of Honour for the ceremony was Yang Mulia Captain Khairil Haji Abdul Rahman, Royal Brunei Navy, Deputy Commander of the Joint Force, Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF).
This CPX was executed as part of a strategic planning training series aimed at testing, evaluating, and strengthening the operational readiness of the RBAF in confronting contemporary security threat scenarios. The primary focus of the exercise centered on refining tactical integration and enhancing the efficiency of the decision-making process at the joint operations level.
In his closing remarks, the Deputy Commander of the JF RBAF emphasised that the successful execution of this CPX serves as a vital benchmark and meticulous preparation for all involved elements before transitioning to the subsequent Field Training Exercise (FTX) phase. He also expressed his highest appreciation to the entire exercise planning committee, umpires, and participants for their high dedication, commitment, and strong spirit of cooperation demonstrated throughout the training.
The execution of this CPX is significant to the RBAF because it strengthens joint operational planning and coordination, tests command-and-control structures, and improves decision-making. Its findings support improvements to doctrine, standard operating procedures and force readiness in responding to contemporary security challenges.





MAJLIS PENUTUP COMMAND POST EXERCISE (CPX) BAGI EKSESAIS HIKMAT BERSATU VII (HB VII)
PENANJONG GARISON, Rabu, 23 September 2026 – Majlis Penutup bagi Command Post Exercise (CPX) sempena Eksesais HB VII telah dilaksanakan di Sekolah Semboyan, Pusat Latihan Gabungan Tempur (PULGAT), Tentera Darat Diraja Brunei, Penanjong Garison. Majlis Penutup CPX ini telah dilaksanakan secara maya bagi menghubungkan pusat-pusat gerakan ABDB yang terlibat dalam eksesais.
CPX ini telah dilaksanakan selama tiga hari bermula dari hari Isnin, 21 September 2026 hingga hari Rabu, 23 September 2026 di markas-markas unit-unit Angkatan Tentera. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Kepten Khairil Haji Abdul Rahman, Tentera Laut Diraja Brunei, Timbalan Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB).
CPX ini merupakan kesinambungan daripada Collective Planning Exercise (CPE) yang dilaksanakan dari 31 Ogos hingga 4 September 2026 dan Table Top Exercise (TTX) dari 8 hingga 10 September 2026. Dalam ucapan penutupnya, Timbalan Pemerintah AB ABDB menjelaskan bahawa CPX telah menguji kecekapan proses decision-making, chain of command serta interoperabiliti sistem komunikasi dan logistik dalam persekitaran operasi yang dinamik dan berdepan ancaman multidimensi. Tetamu Kehormat juga turut menyatakan bahawa keupayaan memberikan tindak balas pantas dan menyelaras arahan pada peringkat strategik, operasi dan taktikal melalui komunikasi mencerminkan profesionalisme serta kesiapsiagaan operasi ABDB.
Timbalan Pemerintah AB ABDB menegaskan bahawa dapatan, penilaian dan maklum balas Kumpulan Wasit hendaklah dinilai secara objektif, manakala kekurangan taktikal dan teknikal perlu dijadikan pengajaran untuk menambah baik doktrin, Standard Operating Procedures (SOPs) serta pelaksanaan operasi unit. Semua penambahbaikan yang dikenal pasti sepanjang CPX hendaklah diterapkan semasa Field Training Exercise (FTX) dan akan menguji empat elemen utama, iaitu Deterrence, Deployability, Survivability dan Determination. Timbalan Pemerintah AB ABDB juga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, Kumpulan Wasit dan seluruh peserta atas dedikasi serta komitmen sepanjang CPX. Secara keseluruhannya, pelaksanaan CPX adalah signifikan dalam memperkukuh keupayaan ABDB untuk merancang dan menyelaras operasi bersama, menguji keberkesanan struktur pemerintahan dan kawalan, serta meningkatkan kecekapan proses decision making. Dapatan dan pengajaran yang diperoleh sepanjang eksesais ini akan menjadi asas kepada penambahbaikan berterusan terhadap doktrin, prosedur operasi dan kesiapsiagaan dalam menghadapi cabaran keselamatan semasa dan masa hadapan.