LUBNAN, Khamis, 15 Januari 2026 – Sebagai lambang kesatuan umat Islam serta manifestasi kesetiaan kepada Raja dan Negara, Majlis Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yasin dan doa khas telah diadakan secara serentak di kesemua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh Negara Brunei Darussalam bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dikurniakan kesejahteraan, kesembuhan serta kesihatan yang berpanjangan.