Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JOINT FORCE COMMANDER RECEIVES FAREWELL CALL FROM THE NON-RESIDENT DEFENCE ADVISER OF CANADA

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 4 March 2026 – Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a farewell call from Captain Hugues Canuel, Royal Canadian Navy (RCN), Defence Adviser to Singapore and Non-Resident Defence Adviser to Brunei Darussalam at the Ministry of Defence, Bolkiah Garrison.

Accompanying Captain Hugues, RCN was Commander Lee Atkinson, RCN, Non-Resident Deputy Defence Adviser to Brunei Darussalam. Also present at the farewell call were Deputy Joint Force Commander, RBAF and Staff Officer Grade 2 J2, JF RBAF.

During the call, the JF Commander expressed appreciation for the warm and long-standing relationship between both armed forces underscoring potential areas of collaboration and capacity building. Discussions also highlighted Canada's active participation in multilateral forums by discussion through dialogues and initiatives under the umbrella of ASEAN defence mechanisms.

The JF Commander conveyed his gratitude and appreciation to Captain Hugues, RCN for his contributions towards strengthening defence cooperation in areas of training, courses, visits and exchanges throughout his tenure as Defence Adviser.

Captain Hugues, RCN has served as the Defence Adviser accredited to Brunei Darussalam and has been based in the Republic of Singapore since 2023.

PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN TIDAK MENETAP KANADA

BOLKIAH GARISON, Rabu, 4 Mac 2026 – Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah menerima kunjungan perpisahan daripada Kepten Hugues Canuel, Royal Canadian Navy (RCN), Penasihat Pertahanan Kanada ke Singapura dan Penasihat Pertahanan Tidak Menetap ke Negara Brunei Darussalam, bertempat di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Beliau turut diiringi Komander Lee Atkinson, RCN, Timbalan Penasihat Pertahanan Kanada Tidak Menetap ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir bagi kunjungan perpisahan adalah Timbalan Pemerintah Angkatan Bersama, ABDB dan Timbalan Pegawai Turus J2 AB ABDB.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah AB menzahirkan penghargaan atas hubungan mesra dan lama terjalin antara kedua-dua angkatan tentera, dan kedua-dua pihak menekankan potensi bidang-bidang kerjasama dan pembangunan keupayaan. Perbincangan juga mengiktirafkan penyertaan aktif Kanada dalam keselamatan serantau melalui forum pelbagai hala serta inisiatif di bawah mekanisme pertahanan ASEAN.

Pemerintah AB turut menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Kepten Hugues, RCN atas sumbangannya dalam memperkukuh kerjasama pertahanan dalam bidang latihan, kursus, lawatan dan pertukaran sepanjang perkhidmatan beliau.

Kepten Hugues, RCN telah berkhidmat sebagai Penasihat Pertahanan diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam dan menetap di Republik Singapura sejak tahun 2023.