BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 17 March 2026 – The Joint Force, Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) held a Khatam Al-Qur'an Ceremony in conjunction with the month of Ramadhan 1447H / 2026M at Surau Ad-Difa', Bolkiah Garrison.
Present during the ceremony was Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, JF Commander, together with the JF Executive Board, Senior Officers, the JF Sergeant Major, as well as officers and personnel of JF RBAF.
The ceremony commenced with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah led by the JF Commander, followed by the collective Khatam Al-Qur'an recitation, Takhtim Al-Qur'an, Dikir Marhaban and concluded with the recitation of Doa Khatam Al-Qur'an and Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
The ceremony was organised as part of the spiritual activities during the holy month of Ramadhan to enhance appreciation and understanding of the Al-Quran among officers and personnel of the JF RBAF, while also strengthening religious values and fostering closer bonds among the JF RBAF community.

MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1447H / 2026M PERINGKAT ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
BOLKIAH GARISON, Selasa, 17 Mac 2026 – Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur'an Sempena Bulan Ramadhan 1447H / 2026M Peringkat AB ABDB yang berlangsung di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison.
Hadir pada majlis tersebut ialah Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah AB ABDB, bersama Ahli Badan Eksekutif AB, Pegawai-Pegawai Kanan, Sarjan Mejar AB, serta pegawai dan anggota AB ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pemerintah AB ABDB, diikuti dengan bacaan Khatam Al-Qur'an secara berjemaah, Takhtim Al-Quran, Dikir Marhaban, dan diakhiri dengan bacaan Doa Khatam Al-Qur'an serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Majlis tersebut diadakan sebagai salah satu pengisian rohani sempena bulan suci Ramadhan bagi meningkatkan penghayatan dan kefahaman terhadap Al-Qur'an di kalangan pegawai dan anggota AB ABDB, disamping memperkukuhkan nilai-nilai keagamaan serta mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga AB ABDB.
