Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JOINT FORCE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES COORDINATE SEARCH OPERATION IN ULU TEMBURONG RIVER

ULU TEMBURONG, Wednesday, 25 March 2026 – The Joint Force Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) coordinated a Search Operation conducted from 19 to 25 March 2026 in the Ulu Temburong River area, in support of Malaysian authorities, to locate a Malaysian national reported missing near the Brunei Darussalam–Malaysia border on 17 March 2026.

 

The missing individual was a member of the Department of Survey and Mapping Malaysia, who was undertaking border demarcation activities along the border between the two countries.

 

The operation was centrally coordinated by the Joint Force Royal Brunei Armed Forces through integrating multi-agency assets and capabilities. Participating forces included the Special Task Platoon, Royal Brunei Land Forces (RBLF), the Royal Brunei Air Force

(RBAirF), C Company Police Reserves, Royal Brunei Police Force, and the Gurkha Security Unit. After seven days of intensive search efforts, the victim was found deceased in the vicinity of the Ulu Temburong River on 25 March 2026.

 

Following the discovery, JF RBAF directed the recovery operation, with the RBAirF deploying helicopter to extract and transport the victim to Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital for post-mortem examination, prior to handing over the remains to the Malaysian authorities in Miri, Sarawak.

 

This operation highlights the effectiveness of JF RBAF's coordination in integrating national security capabilities and reinforces the RBAF's commitment to enhancing interagency synergy, particularly in the conduct of such operations.

 

ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI SELARASKAN OPERASI MENCARI DI SUNGAI ULU TEMBURONG

 

ULU TEMBURONG, Rabu, 25 Mac 2026 – Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah menyelaraskan Operasi Mencari dan Menyelamat yang dilaksanakan dari 19 hingga 25 Mac 2026 di kawasan Sungai Ulu Temburong, bagi membantu pihak berkuasa Malaysia dalam usaha mengesan seorang warganegara Malaysia yang dilaporkan hilang berhampiran sempadan Brunei Darussalam–Malaysia pada 17 Mac 2026. Mangsa merupakan seorang anggota pasukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang sedang menjalankan kerja-kerja pengukuran di sempadan antara kedua-dua negara.

 

Operasi ini telah diselaraskan oleh Angkatan Bersama ABDB, dengan mengintegrasikan pelbagai aset dan keupayaan antara agensi. Antara yang terlibat ialah Platun Gerak Khas, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB); Pasukan Polis Simpanan C Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei, serta Pasukan Sekuriti Gurkha.

 

Selepas tujuh hari operasi pencarian dilaksanakan, mangsa telah ditemui dalam keadaan meninggal dunia di sekitar kawasan Sungai Ulu Temburong pada 25 Mac 2026. Susulan penemuan tersebut, AB ABDB telah mengarahkan proses pengeluaran mangsa menggunakan pesawat helikopter TUDB untuk dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleh (RIPAS) bagi tujuan bedah siasat, sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia di Miri, Sarawak.

 

Operasi ini mencerminkan keberkesanan penyelarasan AB ABDB dalam mengintegrasikan keupayaan keselamatan negara, serta memperkukuhkan komitmen ABDB dalam meningkatkan sinergi antara agensi keselamatan bersama, khususnya dalam operasi seumpama ini.