Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE JOINT FORCE COMMANDER (JFC) ROYAL BRUNEI ARMED FORCES (RBAF) WORKING VISIT TO DEPARTMENT OF TOWN AND COUNTRY PLANNING, MINISTRY OF DEVELOPMENT

BERAKAS, Thursday​, 05 January 2023 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, The JFC RBAF with delegation has made a working visit to the Department of Town and Planning, Ministry of Development today. The visit was welcomed by the Commissioner of Town and Planning Department, Yang Mulia Dr. Marsita binti Omar. Also present at the visit were Senior Officers and Staff Officers from Joint Force Headquarters (JFHQ) RBAF.

The visit began with a welcoming remark from the Commissioner of Town and Planning and continued with a briefing session on the roles of the department and a discussion session.

The purpose of the visit is to further strengthen the relationship between RBAF together with external agencies especially the Department of Town and Planning in improving cooperation and interaction between both parties to share information and closing the gap between both parties to overcome issues with land gazetting in the country in making sure coordination on gazetting the state land between ministries are done effectively and synchronised.


LAWATAN KERJA PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA (AB) ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB) KE JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

BERAKAS, Khamis, 05 Januari 2023 - Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemerintah AB ABDB serta rombongan telah membuat lawatan kerja ke Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan hari ini. Lawatan tersebut disambut oleh Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa, Yang Mulia Dr. Dayang Marsita binti Omar. Turut hadir pada lawatan tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai-pegawai Staf Markas Angkatan Bersama (MAB) ABDB.

Lawatan tersebut dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa dan diteruskan dengan sesi taklimat mengenai peranan Jabatan Perancang Bandar dan Desa kepada rombongan delegasi serta sesi perbincangan.

Tujuan lawatan adalah bagi mengukuhkan lagi hubungan diantara ABDB bersama dengan agensi luar khususnya Jabatan Perancang Bandar dan Desa dalam meningkatkan kerjasama serta Interaksi antara kedua-dua pihak dalam perkongsian maklumat serta merapatkan jurang antara kedua pihak dalam mengatasi isu-isu berkaitan dengan pewartaan tanah dinegara ini dalam memastikan penyelarasan pewartaan tanah-tanah diantara kementerian dapat dibuat dengan lebih berkesan.