GYMNASIUM, MINISTRY OF DEFENCE, BOLKIAH GARRISON, Thursday, 02 January 2025 – The Joint Force Headquarters (JFHQ), Defence Academy (DA) RBAF and Ministry of Defence (MINDEF) participated in a Blood Donation Drive as part of the Royal Brunei Armed Force's (RBAF) 63rd Anniversary celebrations. This initiative, held in collaboration with the Blood Donation Centre, Department of Laboratory Services at Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital, under the Ministry of Health (MOH), aimed to support the National Blood Bank.
JFHQ, DA RBAF and MINDEF personnel contributed 56 pints of blood, significantly boosting the campaign's total collection to 312 pints so far. The drive underscores the importance of collective effort in meeting the nation's healthcare needs and fostering social responsibility.
This initiative highlights the JFHQ, DA RBAF and MINDEF commitment to serving beyond their operational duties, reflecting their dedication to community welfare and strengthening unity within the nation.
The next Blood Donation Campaign in conjunction with RBAF 63rd Anniversary will be held on Thursday, 9th January 2025 at Berakas Garrison.
MAB ABDB, AP ABDB DAN KEMENTAH SERTAI KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA ULANG TAHUN ABDB KE-63
DEWAN GERAK BADAN BARU, KEMENTERIAN PERTAHANAN, BOLKIAH GARRISON, Khamis, 02 Januari 2025 – Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB), Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) dan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) telah menyertai Kempen Derma Darah sempena sambutan Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Ke-63. Inisiatif ini diadakan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), di bawah Kementerian Kesihatan yang bertujuan untuk menyokong keperluan tabung darah Negara.
Anggota MAB ABDB, AP ABDB dan KEMENTAH telah menyumbangkan sebanyak 56 pain darah, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan kutipan kempen ini kepada 312 pain setakat ini. Kempen ini menekankan pentingnya usaha bersama dalam memenuhi keperluan kesihatan negara dan memupuk tanggungjawab sosial.
Inisiatif ini menonjolkan komitmen MAB ABDB, AP ABDB dan KEMENTAH untuk berkhidmat melangkaui tugas operasi mereka, mencerminkan dedikasi terhadap kebajikan masyarakat dan memperkukuh perpaduan dalam negara.
Kempen Derma Darah Sempena Hari Ulang Tahun ABDB Ke-63 Tahun seterusnya akan diadakan pada hari Khamis, 9hb Januari 2025 di Berakas Garison.