Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JOINT FORCE HEADQUARTERS (JFHQ) PARTICIPATE IN THE THIRD INTERNATIONAL WOMEN, PEACE AND SECURITY FORUM IN REPUBLIC OF KOSOVO

PRISHTINA, KOSOVO, Monday, 02 June 2025 – Staff Officer Grade 2, J3 Navy, JFHQ RBAF, Lieutenant Commander Norlaila binti Awang Harlip, Royal Brunei Navy (RBN), participated in the represented Brunei Darussalam at the Third International Women, Peace and Security (3rd WPS) Forum, held from 2 to 3 June 2025 in Prishtina, Republic of Kosovo. This significant forum, which marks the first participation by the RBAF, is hosted under the patronage of Her Excellency Dr. Vjosa Osmani Sadriu, President of the Republic of Kosovo, and forms part of Kosovo's commitments to the Summit for Democracy. The RBAF delegation was led by Lieutenant Colonel Azlina binti Haji Muhammad, Staff Officer Grade 1 Finance, Directorate of Personnel, Ministry of Defence.

The International WPS Forum unites global leaders, policymakers, academics, civil society members, youth, and influencers to address pressing key challenges to global peace and security, with a particular focus on issues affecting women, including children. The 2025 edition will centre on addressing conflict-related sexual violence and the growing security risks posed by climate change, emphasizing the need for collective action in fostering inclusive and sustainable peace.

The participation of RBAF female officers underscores Brunei Darussalam's strong commitment to the Women, Peace and Security agenda and the country's recognition of the essential role women play in peacebuilding, decision-making, and security policy.





MARKAS ANGKATA BERSAMA (MAB) SERTAI FORUM ANTARABANGSA KETIGA WANITA, KEAMANAN DAN KESELAMATAN DI REPUBLIK KOSOVO

PRISHTINA, KOSOVO, Isnin, 02 Jun 2025 – Timbalan Pegawai Turus J3 Laut, MAB ABDB, Leftenan Komander Norlaila binti Awang Harlip, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mewakili Negara Brunei Darussalam di Forum Antarabangsa Ketiga Wanita, Keamanan dan Keselamatan (WPS) yang berlangsung dari 02 hingga 03 Jun 2025 di Prishtina, Republik Kosovo. Forum berprestij ini, yang turut menandakan penyertaan pertama oleh ABDB, dianjurkan di bawah naungan Yang Teramat Mulia Dr. Vjosa Osmani Sadriu, Presiden Republik Kosovo, dan merupakan sebahagian daripada komitmen Kosovo terhadap Sidang Kemuncak untuk Demokrasi. Delegasi ABDB diketuai oleh Leftenan Kolonel Azlina binti Haji Muhammad, Pegawai Turus Kewangan, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan.

Forum WPS Antarabangsa ini menghimpunkan para pemimpin global, penggubal dasar, ahli akademik, masyarakat sivil, golongan belia dan pemimpin pendapat untuk menangani cabaran utama terhadap keamanan dan keselamatan global, khususnya isu yang memberi kesan kepada wanita termasuk kanak-kanak. Edisi forum tahun 2025 ini memberi tumpuan kepada usaha menangani keganasan seksual berkaitan konflik serta ancaman keselamatan yang semakin meningkat akibat perubahan iklim, sambil menekankan pentingnya kerjasama dalam membina keamanan yang inklusif dan berkekalan.

Penyertaan pegawai wanita ABDB ini mencerminkan komitmen kukuh Negara Brunei Darussalam terhadap agenda Wanita, Keamanan dan Keselamatan serta pengiktirafan negara terhadap peranan penting wanita dalam pembinaan keamanan, penggubalan dasar keselamatan, dan proses membuat keputusan.