​DAERAH BELAIT, Isnin, 16 Februari 2026 - Seramai 18 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah menghadiri Taklimat Pengenalan dan Pengecaman Pokok-Pokok Bernilai Tinggi yang diungkayahkan oleh Jabatan Perhutanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Taklimat tersebut diadakan di Pusat Biodiversiti Tropika, Sungai Liang, Daerah Belait.
Taklimat tersebut juga dihadiri oleh 15 anggota daripada Pasukan Simpanan Polis 'C' Kompeni (Polis Hutan) Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), yang membawa jumlah penyertaan seramai 33 anggota.
Taklimat ini merupakan program yang telah diselaraskan oleh Jabatan Perhutanan sebagai salah satu inisiatif di bawah perancangan Jawatankuasa Kecil Sekuriti Sempadan Darat (JKSSD) yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada peserta dalam mengenali serta memahami pokok-pokok bernilai tinggi di dalam hutan Negara Brunei Darussalam. Pendedahan ini amat penting bagi meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan operasi, termasuk pengetahuan mengenai sumber hutan dan penilaian ancaman. Taklimat ini merupakan sebahagian daripada pendekatan Whole of Government yang menekankan kerjasama antara agensi dalam menjaga keselamatan dan kelestarian sumber negara.
ROYAL BRUNEI ARMED FORCES ATTENDED BRIEFING ON IDENTIFICATION OF HIGH VALUE TREES
BELAIT DISTRICT, Monday, 16 February 2026 - A total of 18 personnel from the Royal Brunei Armed Forces participated in the Identification of High Value Trees briefing organised by the Forestry Department, Ministry of Primary Resources and Tourism. The briefing was held at the Tropical Biodiversity Centre, Sungai Liang, Belait District.
The briefing was also attended by 15 members from the Reserve Police Force, Company C, Royal Brunei Police Force, bringing the total participation to 33 representatives.
This briefing is a program coordinated by the Forestry Department as one of the initiatives under the planning of the Land Border Security Subcommittee. Its aim is to provide participants with exposure and understanding in identifying and recognising high-value trees within the forests of Brunei Darussalam. This exposure is crucial to further enhance the level of operational preparedness, including knowledge of forest resources and threat assessment. The briefing is part of the Whole-of-Government initiative that emphasises on inter-agency cooperation in safeguarding national security and resource sustainability.


