Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

DOA SELAMAT CEREMONY FOR DEPARTING MEMBERS OF THE INDEPENDENT DECOMMISSIONING BODY VERIFICATION, MONITORING AND ASSISTANCE TEAM 7/2025 (IDB VMAT 7/2025), MINDANAO, THE REPUBLIC OF THE PHILIPPINES

BOLKIAH GARRISON, Friday, 4 July 2025 – A Doa Selamat ceremony for the departure of members of the Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team 7/2025 (IDB VMAT 7/2025) was held this morning at Surau Ad-Difa', Bolkiah Garrison.

Present at the ceremony was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces.

Also present were Her Excellency Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of the Philippines to Brunei Darussalam, Members of the Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Executive Committee, Acting Director of East Asia of the Ministry of Foreign Affairs, Defence Attaché of the Republic of Philippines to Brunei Darussalam, officers and personnel of the Ministry of Defence. 

The ceremony began with the recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, Tadarus Al-Quran, Surah Yaasin, and Asmaul Husna, followed by a Tazkirah titled 'Menggalas Amanah Demi Mengharap Redha Allah' delivered by Lieutenant (U) Haji Muhammad Syasuandi bin Haji Abu Bakar, officer from the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT). The event then proceeded with the presentation of gifts consisting of a copy of the Al-Quran, Yassin, and a book titled 'Hikmah Di Sebalik Jihad', to the IDB VMAT 7/2025 contingent, accompanied by the chanting of Dikir Marhaban. 

Subsequently, the ceremony continued with the performance of the Sunat Hajat and Sunat Dhuha prayers, followed by the recitation of Doa Selamat and Doa Peliharakan Sultan by Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMAAT), and concluded with a group photo session.

The IDB VMAT 7/2025 contingent, consisting of three RBAF officers, is led by Lieutenant Colonel Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh, is schedule to depart for Mindanao, the Republic of the Philippines, on Monday, 7 July 2025. 













MAJLIS DOA SELAMAT BAGI PEMERGIAN AHLI-AHLI INDEPENDENT DECOMMISSIONING BODY VERIFICATION, MONITORING AND ASSISTANCE TEAM 7/2025 (IDB VMAT 7/2025) DI MINDANAO, REPUBLIK FILIPINA

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 4 Julai 2025 - Majlis Doa Selamat bagi Pemergian Ahli-ahli Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team 7/2025 (IDB VMAT 7/2025) di Mindanao, Republik Filipina telah berlangsung di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison pada pagi ini. 

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Turut hadir adalah Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pemangku Pengarah Asia/Timur Kementerian Hal-Ehwal Luar Negeri, Atase Pertahanan Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Pegawai-pegawai serta anggota-anggota Kementerian Pertahanan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, Tadarus Al-Quran, Surah Yaasin dan Asmaul Husna diikuti dengan Tazkirah bertajuk 'Menggalas Amanah Demi Mengharap Redha Allah' yang disampaikan oleh Leftenan (U) Haji Muhammad Syasuandi bin Haji Abu Bakar, pegawai daripada Jabatanarah Agama, ABDB (JAMA'AT). Majlis kemudian disusuli dengan penyampaian cenderahati berupa senaskah Al-Quran, Yassin dan buku bertajuk 'Hikmah Di Sebalik Jihad' kepada kontinjen IDB VMAT 7/2025 yang diiringi dengan laungan Dikir Marhaban. 

Sejurus itu, Majlis diteruskan dengan sembahyang Sunat Hajat dan Sunat Dhuha, bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan oleh Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah JAMA'AT ABDB, dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai. 

Kontinjen IDB VMAT 7/2025 yang terdiri daripada tiga orang Pegawai ABDB, diketuai oleh Leftenan Kolonel Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh dijadualkan akan bertolak ke Mindanao, Republik Filipina pada hari Isnin, 7 Julai 2025.