Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

COMMENCEMENT OF THE BOAT HANDLING COURSE ORGANISED BY THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES

POLMAR, MUARA, Monday, 04 August 2025 - The opening of the Boat Handling Course at the Marine Police (POLMAR), Royal Brunei Police Force, Muara, conducted by RBAF commenced on 4 August 2025. The course will be conducted for 3 weeks starting from Monday, 04 August 2025 to Friday, 22 August 2025 by RBAF. A total of 18 personnel from 4 security agencies participated in the course including POLMAR, Royal Customs and Exercise Department, Narcotics Control Bureau and Combat Boat Squadron, Royal Brunei Land Force. 

This Boat Handling Course is a strategic initiative designed to strengthen the capabilities of personnel to conduct maritime operations in Brunei waters. Through this course, personnel will be trained to be tactical boat operators, technical maintenance, and exercise their adaptability in various situations. This training contributes to increasing the level of readiness, operational efficiency, and mission safety thus strengthening the effectiveness of the teamwork in facing any operational tasks in the maritime domain.

 

 

PEMBUKAAN KURSUS PENGENDALIAN BOT ANJURAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

POLMAR, MUARA, Isnin, 04 Ogos 2025 - Pembukaan Kursus Pengendalian Bot di Polis Marin (POLMAR), Pasukan Polis Diraja Brunei, Muara yang dikendalikan oleh ABDB telah bermula pada 4 Ogos 2025. Kursus ini dikendalikan selama 3 minggu dari hari Isnin, 04 Ogos 2025 hingga hari Jumaat, 22 Ogos 2025. Seramai 18 anggota dari 4 agensi keselamatan mengikuti kursus tersebut termasuk POLMAR, Jabatan Kastam dan Eksesais Diraja, Biro Kawalan Narkotik dan Squadron Bot, Tempur Tentera Darat Diraja Brunei. 

Kursus Pengendalian Bot ini merupakan inisiatif strategik yang direka bagi memperkasakan keupayaan anggota dalam aspek pengoperasian bot bagi menyokong pelaksanaan operasi maritim dan operasi di perairan Negara Brunei Darussalam. Melalui kursus ini, anggota akan dilatih untuk pemanduan taktikal, penyelenggaraan teknikal, serta adaptasi penggunaan bot dalam pelbagai situasi perairan. Latihan ini secara langsung menyumbang kepada peningkatan tahap kesiapsiagaan, kecekapan operasi, dan keselamatan misi sekaligus memperkukuhkan keberkesanan pasukan dalam menghadapi sebarang tugasan operasi dalam bidang maritim.