AIR MOVEMENT CENTRE, RIMBA AIRBASE, Saturday 09 August 2025 — A
contingent of five officers and thirty-three other ranks from Royal Brunei Armed Forces
(RBAF) led by Major Ihyauddin bin Haji Ishak departed today onboard Royal Brunei
Airforce C295MW for Subang Airbase, Malaysia to participate in the United Nations
Interim Force in Lebanon (UNIFIL) Force Integration Training (FIT) in MALBATT Village,
Port Dickson, Negeri Sembilan.
In attendance at their departure were Lieutenant Colonel Muhammad Suwardi Ariffin bin
Pehin Datu Laksamana Dato Paduka Haji Abd Latiff, Chief of Staff Joint Force
Headquarters, RBAF, Colonel Haji Azizi bin Abdullah, Defence Adviser of Malaysia to
Brunei Darussalam, RBAF’s representatives and family members of departing personnel.
The FIT, scheduled from 11th August until 29th September 2025, aims to strengthen
interoperability, foster mutual understanding, and enhance operational readiness
between the Bruneian and Malaysian forces ahead of their joint deployment to Lebanon
under the United Nations peacekeeping mandate. This training marks another significant
step in Brunei Darussalam’s continued commitment to international peace and security,
as well as its longstanding cooperation with the Malaysian Armed Forces in global
peacekeeping missions.
The RBAF contingent will integrate with MALBATT 850-13 in preparation for their
deployment to UNIFIL on 5th November 2025, where they will serve alongside
multinational forces in maintaining peace and stability in southern Lebanon
Doa Selamat was recited by Warrant Officer 1 (U) Mohd Shahrin bin Haji Sarpudin from
the Religious Department RBAF prior to the departure and ended with group photo taking.





KONTINJEN ABDB BERTOLAK KE MALAYSIA BAGI FORCE INTEGRATION
TRAINING (FIT)
PUSAT GERAKAN UDARA, PANGKALAN TENTERA UDARA, RIMBA, Sabtu 09
Ogos 2025 – Satu kontinjen yang terdiri daripada lima pegawai dan tiga puluh tiga
anggota lain-lain peringkat dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diketuai
oleh Mejar Ihyauddin bin Haji Ishak telah berlepas hari ini menaiki pesawat C295MW
Tentera Udara Diraja Brunei menuju ke Pangkalan Udara Subang, Malaysia bagi
menyertai United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) Force Integration Training
(FIT) di MALBATT Village, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Turut hadir menghantar anggota-anggota berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Rimba
ialah Leftenan Kolonel Muhammad Suwardi Ariffin bin Pehin Datu Laksamana Dato
Paduka Haji Abd Latiff, Ketua Staf Markas Angkatan Bersama ABDB, Kolonel Haji Azizi
bin Abdullah, Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam (NBD),
wakil-wakil ABDB serta ahli keluarga anggota yang berlepas.
Latihan FIT yang dijadualkan dari 11 Ogos hingga 29 September 2025 bertujuan bagi
memperkukuh interoperabiliti, memupuk persefahaman bersama, dan mempertingkatkan
kesiapsiagaan operasi antara pasukan Brunei dan Malaysia sebagai persediaan untuk
penugasan bersama ke Lebanon di bawah mandat misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Latihan ini juga menandakan satu lagi langkah penting dalam komitmen
berterusan NBD terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa, serta
memperkukuh kerjasama erat dengan Angkatan Tentera Malaysia dalam misi pengaman
antarabangsa.
Kontinjen ABDB akan digabungkan dengan MALBATT 850-13 sebagai persiapan untuk
penugasan ke UNIFIL pada 5 November 2025, di mana mereka akan berkhidmat
bersama pasukan pelbagai negara dalam usaha mengekalkan keamanan dan kestabilan
di selatan Lubnan.
Doa Selamat telah dibacakan oleh Pegawai Waran 1 (U) Mohd Shahrin bin Haji Sarpudin
dari Jabatanarah Agama ABDB sebelum berlepas dan diakhiri dengan sesi bergambar
ramai.