MUARA CAMP , Friday, 19 September 2025 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) actively participated in Exercise Southeast Asia Cooperation and Training 2025 (EX SEACAT 2025), conducted from 8 to 19 September 2025 at the Royal Brunei Navy (RBN) facilities in Muara Camp and in the operational waters of the South China Sea. Exercise SEACAT is an annual multilateral maritime security exercise led by the United States Navy, first established in 2002. Its primary goal is to strengthen regional
cooperation, enhance interoperability, and improve information-sharing among participating navies and coast guards in the Indo-Pacific region. The RBN was represented by the Naval Operation Centre and deployed its patrol vessels PV-80 KDB DARUSSALAM and PV-60 KDB AL-FARUQ for the exercise.
The exercise commenced with a two-day SeaVision training program, attended by RBN officers and personnel to enhance proficiency in using the web-based Maritime Domain Awareness (MDA) application. This training focused on vessel detection,
weather monitoring, and the efficient sharing of information among regional and international Naval Operation Centres (OPCENs). Following this, the exercise transitioned into a two-week sea phase, during which participants conducted live operational training. The naval OPCENs and RBN vessels were tasked with identifying and escorting simulated Vessels of Interest navigating the South China Sea, while simultaneously coordinating and disseminating critical information across OPCENs.
EX SEACAT 2025 serves as a vital platform to fortify interoperability and real-time information-sharing capabilities between the RBN and partner naval forces. This year’s exercise emphasised strengthening coordination among OPCENs to improve MDA, enabling timely data collection, analysis, assessment, and dissemination to counter a variety of transboundary and transnational maritime threats, including illegal maritime activities.
The active participation of the RBN in EX SEACAT 2025 reaffirms the RBAF’s commitment to regional maritime security, defence diplomacy, and cooperative engagement. Exercises of this nature play a pivotal role in promoting peace, stability, and security across the region, while enhancing professional relationships with allied armed forces and defence partners.




PERKHEMAHAN MUARA, BRUNEI, 19 September 2025 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengambil bahagian secara aktif dalam Eksesais Southeast Asia Cooperation and Training 2025 (EX SEACAT 2025), yang telah dilaksanakan dari 8 hingga 19 September 2025 di Perkhemahan Muara, Tentera Laut
Diraja Brunei (TLDB) dan di perairan operasi Laut China Selatan. Eksesais SEACAT ialah latihan keselamatan maritim pelbagai hala tahunan yang diterajui oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan mula diperkenalkan pada tahun 2002. Matlamat utamanya adalah untuk memperkukuhkan kerjasama serantau, meningkatkan keupayaan
interoperabiliti, dan mempertingkatkan perkongsian maklumat dalam kalangan tentera laut dan pengawal pantai negara-negara peserta di rantau Indo-Pasifik. TLDB telah diwakili oleh Pusat Operasi Tentera Laut dan telah menugaskan kapal rondanya iaitu PV-80 KDB DARUSSALAM dan PV-60 KDB AL-FARUQ bagi eksesais tersebut.
EX SEACAT 2025 bermula dengan latihan SeaVision selama dua hari yang dihadiri oleh pegawai dan anggota TLDB bagi membiasakan diri dengan aplikasi Maritime Domain Awareness (MDA) berasaskan web, termasuk kemahiran pengesanan kapal, pola cuaca dan perkongsian maklumat di kalangan Pusat Operasi Tentera Laut
(OPCEN) serantau dan antarabangsa. Seterusnya, latihan diteruskan dengan fasa laut selama dua minggu di mana OPCEN serta kapal-kapal TLDB melaksanakan latihan praktikal di laut. Latihan yang dijalankan adalah untuk mengesan dan mengiringi kapal-kapal simulasi yang dikenali sebagai Kapal Berkepentingan atau Vessels of Interest yang melalui Laut China Selatan sambil menjalinkan kerjasama dan mengedarkan maklumat antara OPCEN.
Latihan ini menjadi platform penting bagi TLDB untuk mengukuhkan keupayaan interoperabiliti dan perkongsian maklumat dengan angkatan laut serantau lain dengan tumpuan utama tahun ini iaitu meningkatkan kerjasama antara OPCEN. Melalui gabungan latihan di darat dan di laut, EX SEACAT 2025 direka untuk menambah baik MDA dengan pengumpulan, analisis, penilaian dan pengagihan data bagi membolehkan tindak balas tepat terhadap pelbagai ancaman serta kegiatan haram maritim yang melintasi sempadan dan negara.
Penyertaan TLDB dalam EX SEACAT 2025 menegaskan komitmen ABDB terhadap keselamatan maritim serantau, kerjasama dan diplomasi pertahanan. Latihan ini terus
memainkan peranan aktif dalam mempromosikan keamanan, kestabilan dan keselamatan serantau serta memperkukuh hubungan di antara angkatan bersenjata
dan rakan pertahanan antarabangsa.