PENANJONG GARRISON, Friday, 19 September 2025 – The Closing Ceremony and Certificate Presentation for Warrant Officers Leadership and Management Course Serial 1/2025 was held at the Halbi Room, Evolution Centre, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). In attendance as the Guest of Honour was Yang Mulia Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Acting Commandant TI RBAF. Also present were officers, Force Sergeant Major RBAF, Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs), and Leadership and Management instructors.
The Warrant Officer Leadership Course Session 2025 was held for eight weeks from 28 July 2025 to 19 September 2025, comprising of 70 military personnel from the RBAF and the Ministry of Defence. A total of 3 SNCOs from Joint Force participated in the course which were WO2 Jafri bin Awang Haji Dullah, WO2 Pg Saiffuldillah bin Pg Hj Husain and WO2 Fadzillah bin Jarudin.
The course aims to develop SNCOs into capable, efficient, and competent leaders who embody the core values of the RBAF. It seeks to instill strong leadership characteristics and moral personality, enabling them to effectively assist higher authorities in administration and leadership. The course also emphasises the importance of trust, honesty, professionalism, integrity, discipline, and high skill competency, ensuring that participants become exemplary role models for their subordinates through their conduct, character, and leadership qualities.





PENANJONG GARISON, Jumaat, 19 September 2025 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup bagi Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 1/2025 telah diadakan di Bilik Halbi, Pusat Evolusi Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemangku Komandan IL ABDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai IL ABDB, Pegawai-pegawai jemputan, Sarjan Mejar ABDB, PTB-PTB Kanan dan Jurulatih-jurulatih Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan, Pusat Evolusi IL ABDB.
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Sesi 1/2025 telah berlangsung selama lapan minggu dari 28 Julai 2025 hingga 19 September 2025, dihadiri oleh 70 anggota ABDB dan Kementerian Pertahanan. Sebanyak 3 PTB Kanan Angkatan Bersama telah menyertai kursus tersebut iaitu terdiri dari PW2 Jafri bin Awang Haji Dullah, PW2 Pg Saiffuldillah bin Pg Haji Husain dan PW2 Fadzillah bin Jarudin.
Kursus ini bertujuan untuk membangunkan PTB-PTB Kanan yang berkeupayaan, cekap dan kompeten dalam menghayati nilai-nilai teras ABDB. Kursus ini juga adalah bagi memupuk ciri-ciri kepimpinan yang kukuh dan keperibadian moral, sekali gus membolehkan mereka membantu pihak atasan dengan berkesan dalam aspek pentadbiran dan kepimpinan. Di samping itu juga, kursus ini menekankan kepentingan amanah, kejujuran, profesionalisme, integriti, disiplin dan kemahiran yang tinggi, bagi memastikan para peserta menjadi teladan yang terbaik kepada anggota bawahan melalui sifat, perwatakan dan kualiti kepimpinan mereka.