Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JOINT FORCE COMMANDER RECEIVES INTRODUCTORY CALL FROM DEFENCE ATTACHÉ OF UNITED STATES OF AMERICA TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 11 June 2026 – Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received an introductory call by Colonel David H. Bradley, United States of America Defence Attache held at the Ministry of Defence. Also present during the call were Staff Officer Grade 1 Joint Training and Staff Officer Grade 2 Joint Intelligence (Operations), Joint Force RBAF.

During the call, the Joint Force Commander welcomed the new Defence Attaché, whilst highlighting the extensive bilateral defence relations as well as potential avenues for future collaboration between the United States of America and Brunei Darussalam. Both sides reaffirmed the robust and positive bilateral defence and military relations between Brunei Darussalam and the United States, strengthened by various engagements, including exchanges of visits, dialogues, training such as Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) and courses underpinned by the Memorandum of Understanding on Defence Cooperation signed on 29 November 1994.

Both sides also shared views on current regional security issues and expressed their mutual commitment to further strengthen defence collaboration and understanding between Brunei Darussalam and the United States.

Colonel David H. Bradley was appointed as the Non-Resident Defence Attache of the United States of America accredited to Brunei Darussalam since 15 April 2026.


PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA MENERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARI ATASE PERTAHANAN AMERIKA SYARIKAT KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

BOLKIAH GARISON, Rabu, 11 Jun 2026 – Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan pengenalan dari Kolonel David H. Bradley, Atase Pertahanan Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam di Kementerian Pertahanan. Turut hadir semasa kunjungan tersebut ialah Pegawai Turus Latihan Bersama dan Timbalan Pegawai Turus Perisikan Bersama (Operasi), Angkatan Bersama ABDB.

 

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB mengalu-alukan kehadiran Atase Pertahanan Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, sambil menekankan hubungan dua hala pertahanan yang baik antara Amerika Syarikat dan Negara Brunei Darussalam. Kedua belah pihak menegaskan hubungan pertahanan dan ketenteraan dua hala yang teguh dan positif di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat, yang diperkukuhkan melalui pelbagai aktiviti, termasuk pertukaran lawatan, dialog, latihan termasuk Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) dan kursus, berdasarkan kepada Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Pertahanan yang ditandatangani pada 29 November 1994.

Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai isu keselamatan serantau semasa, di samping menyatakan komitmen bersama untuk terus memperkukuhkan kerjasama dan persefahaman pertahanan antara kedua-dua buah negara.

Kolonel David H. Bradley telah menjawat jawatan sebagai Atase Pertahanan Amerika Syarikat yang tidak menetap ke Negara Brunei Darussalam semenjak 15 April 2026.