Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JOINT FORCE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES REINFORCES STRATEGIC COOPERATION THROUGH NOVELTY SHOOTING EVENT AND LUNCHEON

PENANJONG GARRISON, Saturday, 6 June 2026 – The Joint Force, Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) organised a Novelty Shooting Event held at Gallery 1 Shooting Range, Penanjong Garrison and Luncheon at Officers' Mess, Penanjong Garrison with relevant stakeholders.

The event was attended by Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, the Joint Force Commander, who also served as the Chairman of the Land Border Security Sub-Committee (JKSSD). Also in attendance were Yang Berhormat Amran bin Haji Maidin, Penghulu of Mukim Lumapas, and Yang Berhormat Zainol bin Haji Mohamed, Village Head of Putat, RBAF senior officers, and special invitees from security and enforcement agencies as well as Penghulu and Village Heads within the RBAF's Area of Operations.

The event commenced with a group photo session, followed by the Novelty Shooting competition and prize presentation, officiated by the Joint Force Commander, before proceeding to a luncheon at the Officers' Mess, Penanjong Garrison.

This Friendship Shooting and Luncheon was organised to strengthen strategic cooperation and enhance camaraderie between agencies and stakeholders, while also recognising their continuous support and commitment. It also served as an acknowledgment of the important role played by security and enforcement agencies, as well as Penghulu and Village Heads, in helping to ensure that border security remains safe at all times. In addition to strengthening existing ties, the initiative is hoped to foster deeper understanding and greater trust among all parties in the future.

Through platforms such as this, the JF RBAF remains committed to exploring new avenues of cooperation that can contribute to a more integrated, effective, and sustainable security objective.​




















ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN ACARA MENEMBAK MUHIBAH DAN MAKAN TENGAHARI BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN

PENANJONG GARISON, Sabtu, 06 Jun 2026 – Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah mengadakan Acara Menembak Muhibah di Padang Tembak Galeri 1, Penanjong Garison dan Majlis Makan Tengahari betempat di Mes Pegawai Penanjong Garison bersama pihak berkepentingan (Stakeholders).

Acara tersebut dihadiri oleh Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah AB ABDB dan juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Kecil Sekuriti Sempadan Darat (JKSSD). Turut hadir ialah Yang Berhormat Amran bin Haji Maidin, Penghulu Mukim Lumapas dan Yang Berhormat Zainol bin Hj Mohamed, Ketua Kampong Putat, Pegawai-Pegawai Kanan ABDB dan jemputan-jemputan khas yang terdiri dari agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan serta Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong dalam kawasan tanggungjawab (Area of Operations) ABDB.

Acara dimulakan dengan sesi bergambar ramai, diikuti dengan Acara Menembak Muhibah dan penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Pemerintah AB ABDB sebelum rombongan dijemput untuk menikmati jamuan di Mes Pegawai Penanjong Garison.

Acara Menembak Muhibah dan Makan Tengahari ini dianjurkan bagi mengukuhkan hubungan kerjasama strategik dan mempereratkan silaturrahim antara agensi dan pihak yang berkepentingan, sambil menghargai sokongan serta komitmen berterusan mereka.

Selain itu, usaha ini merupakan pengiktirafan terhadap peranan penting agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong dalam turut sama membantu memastikan keselamatan sempadan negara sentiasa terpelihara. Selain mengeratkan hubungan yang sedia ada, inisiatif ini juga diharap dapat memupuk persefahaman yang lebih mendalam dan meningkatkan tahap kepercayaan antara semua pihak dari semasa ke semasa.

Melalui platform seperti ini, AB ABDB akan terus komited untuk meneroka peluang kerjasama baharu yang mampu menyumbang kepada pencapaian objektif keselamatan yang lebih bersepadu, berkesan, dan mampan.