Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JOINT FORCE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES PARTICIPATED IN THE FRIDAY PRAYER SERMON IN CONJUNCTION WITH THE RBAF 65TH ANNIVERSARY

TEMBURONG, Friday, 29 May 2026 – In commemoration of the 65th Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces, the Joint Force, Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) participated in the Friday Prayer sermon at the Rancangan Perpindahan Negara Kampong Rataie Mosque, Temburong.

The delegation was led by Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, RBAF. Also in attendance were Deputy Joint Force Commander, Senior Officers, officers and personnel of the JF RBAF.

As part of a nationwide initiative, Yang Mulia Captain Mohammad Ayza Azrine bin Haji Ayahani from the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT) delivered a sermon titled “Ketakwaan Teras Kekuatan Pertahanan Negara". Following the sermon, the Friday prayer was led by the mosque's Imam, Yang Mulia Imam Mahdini bin Kamis. This engagement was part of a coordinated effort where nine RBAF officers delivered sermons at selected mosques across all four districts, symbolising RBAF's commitment to spiritual values as a foundation for national resilience.

The sermon emphasised that the RBAF's roles extends beyond conventional security and sovereignty, including its institutional role in fostering spiritual growth, moral fortitude, and a national identity rooted in Islamic teachings. By bridging military and civilian spheres, the initiative reflects a Whole-of-Government approach aimed at fostering social cohesion and shared national values.


ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENYERTAI SEMBAHYANG FARDHU JUMAAT SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-65​


TEMBURONG, Jumaat, 29 Mei 2026 – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang ke-65 tahun, Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah menyertai Sembahyang Fardhu Jumaat di Masjid Rancangan Perpindahan Negara Kampong Rataie, Temburong.

 

Rombongan tersebut diketuai oleh Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, ABDB. Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah Angkatan Bersama, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai-pegawai, dan anggota AB ABDB.

 

Sebagai sebahagian daripada inisiatif di peringkat negara, Yang Mulia Kapten Mohammad Ayza Azrine bin Haji Ayahani daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT) telah menyampaikan khutbah bertajuk “Ketakwaan Teras Kekuatan Pertahanan Negara". Manakala, Sembahyang Fardhu Jumaat pada hari tersebut diimamkan oleh Yang Mulia Imam Mahdini bin Kamis, Imam masjid tersebut. Pendekatan ini merupakan sebahagian daripada usaha yang diselaraskan di seluruh negara yangmana seramai sembilan orang pegawai ABDB telah diberi peluang untuk menyampaikan khutbah di masjid-masjid terpilih di keempat-empat daerah, sekali gus melambangkan komitmen ABDB terhadap nilai-nilai kerohanian sebagai asas ketahanan nasional.

 

Khutbah tersebut menekankan bahawa peranan ABDB adalah melangkaui skop keselamatan dan kedaulatan konvensional, termasuk dalam memupuk perkembangan rohani, pengukuhan moral, dan pembentukan identiti kenegaraan yang berteraskan ajaran Islam. Melalui integrasi antara sektor ketenteraan dan awam, inisiatif ini mencerminkan Pendekatan Whole-of-Government Approach yang bertujuan untuk memupuk perpaduan masyarakat dan penerapan nilai-nilai murni negara.​