Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MINISTRY OF DEFENCE HOLDS TAKBIR RAYA AIDILADHA 1447H/2026M IN BOLKIAH GARRISON

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 27 May 2026 – The Joint Force, Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) under the auspices of Ministry of Defence held the Takbir Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M at Surau Ad-Difa', Bolkiah Garrison with similar events held simultaneously at all RBAF suraus.

Present at the event was Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, RBAF. Also present were Directors, Senior Officers, officers and personnel of the Ministry of Defence.

The evening commenced with a mass Fardhu Isyak prayer led by Yang Mulia Imam Muhammad Habib 'Azizi bin Muhammad Ghazali, Imam of Surau Ad-Difa'. This was followed by Hari Raya Takbir and a Tazkirah titled “Takbir Mengiringi Keimanan" delivered by Yang Mulia Ustaz Mohammad Fahmi bin Haji Matnor, Religious Officer from the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT). The event concluded with Doa 'Allah Peliharakan Sultan' and Negara Brunei Darussalam.

This ceremony serves as a key initiative for the Ministry of Defence to honor the significance of Hari Raya Aidiladha. By promoting the collective recitation of the Takbir and participation in religious observances, the event fosters a profound sense of gratitude for the blessings of Allah Subhanahu wa Ta'ala while strengthening spiritual unity within RBAF.

KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS MALAM TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA 1447H/2026M DI BOLKIAH GARISON

BOLKIAH GARISON, Rabu, 27 Mei 2026 – Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) di bawah kelolaan Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Malam Takbir sempena Hari Raya Aidiladha bagi Tahun 1447H/2026M ini di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison, dengan acara serupa diadakan secara serentak di semua surau ABDB.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, ABDB. Turut hadir adalah Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta anggota-anggota Kementerian Pertahanan.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Imam Muhammad Habib 'Azizi bin Muhammad Ghazali, Imam Surau Ad-Difa'. Majlis disusuli dengan laungan Takbir Hari Raya dan diikuti dengan sebuah tazkirah bertajuk “Takbir Mengiringi Keimanan" disampaikan oleh Ustaz Mohammad Fahmi bin Haji Matnor, Pegawai Ugama daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT). Majlis diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Majlis ini merupakan inisiatif utama Kementerian Pertahanan bagi sama-sama menyemarakkan lagi Hari Raya Aidiladha. Dengan laungan takbir dan penyertaan dalam ibadah-ibadah sunat, acara ini memupuk rasa syukur di atas segala nikmat kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala di samping memperkukuh perpaduan rohani dalam kalangan ABDB.