BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 30 May 2026 – In conjunction with the Royal Brunei Armed Forces' 65th Anniversary celebration, the Joint Force, Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) held a recitation of Surah Yaasin and Tahlil for the late parents of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and for His Majesty's late son Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji 'Abdul 'Azim. The event was held at the Royal Mausoleum in Jalan Tutong.
Present at the Royal Mausoleum was Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, RBAF, Deputy Joint Force Commander, Chief of Staff, Senior Officers, officers, and personnel of the JF RBAF.
The recitation of Surah Yaasin and Tahlil was led by Yang Mulia Lieutenant Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad from Religious Training Branch of the RBAF Religious Directorate, followed by Doa Tahlil and the Doa Peliharakan Sultan and Brunei Darussalam.
MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN TAHLIL SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-65
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Mei 2026 – Bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke-65, Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, serta paduka anakanda baginda, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim. Majlis berlangsung di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, ABDB, Timbalan Pemerintah, Ketua Staf, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, dan anggota-anggota AB ABDB.
Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil dipimpin oleh Yang Mulia Leftenan Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad, Penolong Pegawai Memerintah Cawangan Latihan Agama, Jabatanarah Agama, ABDB, dan diteruskan dengan bacaan Doa Tahlil serta Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.


