MANILA, Thursday, 11 June 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) participated in the Exercise Tempest Express 41/2026 (TE 41/2026), a staff planning exercise workshop focused on joint crisis operational planning, humanitarian assistance operations, and multinational interoperability among members of the Multinational Planning Augmentation Team (MPAT).
The RBAF delegation was led by Lieutenant Colonel Haji Mohammed Airul Wizam bin Haji Ahmad, Chief of Staff Field Headquarters Royal Brunei Land Forces (RBLF), and accompanied by Major Mohammad Za'im bin Haji Zainal Arifin, Acting Staff Officer Grade 1 Joint Operation (Land), Joint Force RBAF.
The exercise, co-hosted by United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) and the Armed Forces of the Philippines (AFP), brought together military officers from 17 partner nations alongside representatives from pertinent local agencies and national humanitarian organisations in Manila. Designated "The Big One", the scenario simulated a coordinated regional response to a major earthquake impacting the Metro Manila area.
The exercise was held from 3 to 11 June 2026, as part of ongoing series of multilateral engagements in the Asia-Pacific region aimed at strengthening regional cooperation, enhancing disaster response capabilities, and promoting peace and security within the region.
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENYERTAI EKSESAIS TEMPEST EXPRESS SIRI 41/2026
MANILA, Khamis, 11 Jun 2026 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyertai Eksesais Tempest Express siri 41/2026 (TE 41/2026) iaitu sebuah bengkel latihan perancangan peringkat staf melibatkan operasi krisis, bantuan kemanusiaan dan kemampuan interoperabiliti antarabangsa dalam kalangan ahli Multinational Planning Augmentation Team (MPAT).
Turut mengambil bahagian dalam eksesais ini ialah Leftenan Kolonel Haji Mohammed Airul Wizam bin Haji Ahmad, Ketua Staff Markas Medan Tentera Darat Diraja Brunei bersama Mejar Mohammad Za'im bin Haji Zainal Arifin, Pemangku Pegawai Turus Gerakan Bersama (Darat), Angkatan Bersama ABDB.
Eksesais ini dipengerusikan bersama oleh United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) dan Angkatan Bersenjata Republik Filipina, menghimpunkan pegawai tentera daripada 17 negara serta wakil-wakil daripada agensi tempatan berkaitan dan komuniti kemanusiaan di Manila. Senario yang dinamakan "The Big One" mensimulasikan tindak balas serantau yang terselaras terhadap gempa bumi besar yang melanda kawasan Metro Manila.
Eksesais tersebut telah diadakan dari 3 hingga 11 Jun 2026 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama serantau dengan penglibatan pelbagai hala yang berterusan di rantau Asia-Pasifik, yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan tindak balas bencana, menggalakkan ketenteraman dan keselamatan di rantau ini.




