Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JOINT FORCE COMMANDER RECEIVES AN OFFICE CALL FROM FRANCE DEFENCE ATTACHE TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 24 September 2025 – Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received an office call from Lieutenant Colonel (Air) Philippe Quemurais, Non-Resident France Defence Attache (DA) to Brunei Darussalam, also in attendance was Her Excellency Mrs Eve Lubin, Ambassador of France to Brunei Darussalam.

During the call, both sides reaffirmed the longstanding defence relationship between Brunei Darussalam and France referencing the Defence Memorandum of Understanding signed in 1999. Both countries also asserted interest under the Joint Defence Working Committee to enhance cooperation in professional exchanges, training, defence technology, and exercises on a bilateral and multilateral setting.

Joint Force Commander expressed his appreciation for the existing defence relations between RBAF and French Armed Forces, highlighting Brunei Darussalam's involvement in several French-planned major multinational military exercise including Exercise CROIX DU SUD. DA France shared on their interest in the Indo-Pacific region that is driven by its overseas territories including New Caledonia, French Polynesia and its focus on safeguarding maritime flows, undersea infrastructure, as well as contributing to regional security architecture through partnerships with countries under ASEAN. 

Lieutenant Colonel (Air) Philippe Quemurais was appointed as the Non-Resident France Defence Attache accredited to Brunei Darussalam based in Republic of Singapore since 23 April 2025. His working visit highlights the warm and cordial bilateral defence relationship between both countries.






BOLKIAH GARISON, Rabu, 24 September 2025 – Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Leftenan Kolonel (Udara) Philippe Quemurais, Atase Pertahanan Perancis Yang Tidak Menetap di Negara Brunei Darussalam (NBD). Turut hadir ialah Puan Yang Terutama Eve Lubin, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis.

Semasa kunjungan tersebut, kedua dua negara mengesahkan hubungan pertahanan yang telah lama terjalin antara NBD dan Perancis dengan merujuk kepada Memorandum Persefahaman Pertahanan yang telah ditandatangani pada tahun 1999. Kedua pihak juga berhasrat di bawah Joint Defence Working Committee, untuk mempertingkatkan kerjasama dalam bidang pertukaran profesional, latihan, teknologi pertahanan dan juga latihan ketenteraan dalam konteks dua hala serta pelbagai hala.

Pemerintah Angkatan Bersama juga mengucapkan penghargaan atas hubungan pertahanan yang sedia ada di antara ABDB dan Angkatan Tentera Perancis (ATP), dengan beberapa penglibatan NBD beberapa latihan pelbagai hala yang dianjurkan oleh ATP seperti Eksesais CROIX DU SUD. Atase Pertahanan Perancis juga mengongsikan berkenaan dengan kepentingan strategik Perancis terhadap Indo-Pasifik yang mana didorong oleh wilayah seberangnya seperti New Caledonia, Polynesia Perancis. Beliau juga mengongsikan fokus Perancis di rantau ini yang lebih memberi tumpuan kepada keselamatan maritim, infrastruktur dasar laut serta keselamatan serantau melalui kerjasama dengan negara-negara khususnya negara dibawah ASEAN.

Leftenan Kolonel (Udara) Philippe Quemurais telah menerima akreditasi sebagai Atase Pertahanan Perancis ke Negara Brunei Darussalam yang menetap di Republik Singapura sejak 23 April 2025. Lawatan kerja beliau mencerminkan hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan baik di antara kedua-dua buah negara.