Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JOINT FORCE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES AND UNITED STATES MARINE CORPS CONDUCTED MARINE ROTATIONAL FORCE – SOUTHEAST ASIA STAFF EXERCISE COOPERATION AFLOAT READINESS AND TRAINING BRUNEI 2025

TANAH JAMBU, Wednesday, 29 October 2025 – A six-day Marine Rotational Force – Southeast Asia (MRF-SEA) Staff Exercise (STAFFEX) Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) Brunei 2025, conducted from 24 to 29 October 2025, was successfully concluded today at the Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (RBAF). This Staff Exercise marked a significant milestone as the inaugural STAFFEX integrated into the CARAT series. The exercise was a collaborative effort between the Joint Force, RBAF, and the United States Marine Corps (USMC), MRF-SEA.

The exercise was facilitated by the Joint Doctrine and Warfare Centre (JDWC), Joint Force, RBAF serving as a platform to enhance professional collaboration, strengthen mutual understanding, and improve joint operational planning between both forces. Throughout the week, participants from the RBAF and USMC engaged in a series of joint planning discussions, scenario-based exercises, and information-sharing sessions. These activities provided valuable opportunities to exchange professional knowledge, refine planning processes, and develop greater coordination in the conduct of joint and combined military operations.

The exercise also focused on strengthening communication, trust, and teamwork between both sides, fostering closer cooperation at the working level. The collaboration demonstrated during the exercise reflects the shared commitment of the RBAF and USMC to maintaining regional peace, stability, and security through continued partnership and readiness.

The closing event was officiated by Lieutenant Colonel (U) Mohammad Khairul bin Pehin Datu Indera Setia Dato Paduka Seri Haji Sulaiman, Staff Officer 1 Joint Warfare, JDWC, Joint Force, RBAF who commended the participants for their professionalism, teamwork, and dedication throughout the exercise. He also expressed his appreciation to the United States Marine Corps team and the Joint Doctrine and Warfare Centre for their strong support and cooperation in making the STAFFEX a success.

 

TANAH JAMBU, Rabu, 29 Oktober 2025 – Eksesais selama enam hari  bagi Marine Rotational Force – Southeast Asia (MRF-SEA) Staff Exercise (STAFFEX) Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) Brunei 2025, yang berlangsung dari 24 hingga 29 Oktober 2025, telah berjaya dilaksanakan di Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Eksesais ini menandakan satu pencapaian penting sebagai STAFFEX sulung yang akan diserapkan di bawah siri CARAT. Eksesais ini merupakan usaha kerjasama antara Angkatan Bersama, ABDB dan Tentera Marin Amerika Syarikat (TMAS), MRF-SEA.

Eksesais ini telah dikendalikan oleh Pusat Doktrin dan Peperangan Bersama (PDPB), Angkatan Bersama, ABDB yang berfungsi sebagai platform untuk meningkatkan kerjasama profesional, memperkukuhkan persefahaman bersama, serta memperbaiki keupayaan perancangan operasi bersama antara kedua-dua angkatan tentera.

Sepanjang eksesais ini, para peserta daripada ABDB dan TMAS telah menjalani beberapa sesi perbincangan perancangan bersama, latihan berasaskan senario, serta sesi perkongsian maklumat. Aktiviti-aktiviti ini memberikan peluang yang bernilai untuk berkongsi pengetahuan profesional, memperhalusi proses perancangan, serta mempertingkatkan lagi tahap penyelarasan dalam pelaksanaan operasi ketenteraan bersama dan gabungan.

Eksesais ini juga menumpukan kepada usaha memperkukuhkan komunikasi, kepercayaan, dan semangat bekerjasama antara kedua-dua pihak, sekaligus mengeratkan hubungan kerjasama di peringkat staf. Hubungan kerjasama yang dipamerkan sepanjang latihan ini mencerminkan komitmen bersama antara ABDB dan TMAS dalam mengekalkan keamanan, kestabilan, dan keselamatan serantau melalui kerjasama dan kesiapsiagaan yang berterusan.

Majlis penutup ini telah dihadiri oleh Leftenan Kolonel (U) Mohammad Khairul bin Pehin Datu Indera Setia Dato Paduka Seri Haji Sulaiman, Pegawai Turus Peperangan Bersama, PDPB, Angkatan Bersama ABDB yang menyampaikan penghargaan kepada para peserta atas profesionalisme, semangat berpasukan, dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang eksesais ini. Beliau turut menyatakan penghargaan kepada TMAS atas sokongan dan kerjasama yang padu dalam menjayakan eksesais tersebut.