BOLKIAH GARRISON, Thursday, 23 October 2025 – Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from Captain Matthew B. Cox, Deputy Commodore, Destroyer Squadron Seven (CDS 7) in conjunction with 31st Cooperation Afloat Readiness and Training 2025 (CARAT 31/2025) at Bolkiah Garrison today. Also present at the call were Commander Bert Bratton, US Defence Attache to Brunei, as well as Staff Officer Grade 1 J2 Intelligence, Acting Staff Officer Grade 1 J7 Training and Staff Officer Grade 1 Joint Doctrine Warfare Centre of Joint Force RBAF.
During the call, both sides reaffirmed the longstanding defence relationship between Brunei Darussalam and the United States of America referencing the Defence Memorandum of Understanding signed in on 29 November 1994. Both countries also asserted interest under the Joint Defence Working Committee to enhance cooperation in professional exchanges, training, defence technology, and exercises on a bilateral and multilateral setting.
The visit underscores the strong defence ties and collaboration between RBAF and the United States Navy. During the meeting, both leaders exchanged views on enhancing mutual cooperation and furthering their shared commitment to regional security and stability.
This year marks the 31st anniversary of the Cooperation Afloat Readiness and Training exercise series, which is a testament to the strength and longevity of the United States-Brunei Darussalam partnership. The courtesy call reflects the continued partnership and shared values between Brunei Darussalam and the United States (US) in addressing both traditional and non-traditional security challenges.
CARAT serves as a symbol of the US commitment to key Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) partners to reinforce ASEAN Centrality, supporting a free and open Indo-Pacific.

BOLKIAH GARISON, Khamis, 23 Oktober 2025 – Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Kepten Matthew B. Cox, Deputy Commodore, Destroyer Squadron Seven (CDS 7 sempena Cooperation Afloat Readiness and Training yang ke-31 bagi tahun 2025 (CARAT 30/2024) di Bolkiah Garison hari ini. Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut ialah Komander Bert Bratton, Penasihat Pertahanan Amerika Syarikat (AS) ke Negara Brunei Darussalam (NBD), berserta Pegawai Turus 1, J2 Perisikan, Pemangku Pegawai Turus 1, J7 Latihan dan Pegawai Turus 1, Pusat Peperangan Doktrin Bersama, Angkatan Bersama ABDB.
Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua negara mengesahkan hubungan pertahanan yang telah lama terjalin antara NBD dan Amerika Syarikat dengan merujuk kepada Memorandum Persefahaman Pertahanan yang telah ditandatangani pada 29 November 1994. Kedua pihak juga berhasrat di bawah Joint Defence Working Committee, untuk mempertingkatkan kerjasama dalam bidang pertukaran profesional, latihan, teknologi pertahanan dan juga latihan ketenteraan dalam konteks dua hala serta pelbagai hala.
Kunjungan hormat menekankan hubungan pertahanan yang kukuh dan kerjasama erat antara ABDB dan Tentera Laut Amerika Syarikat. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin berbincang tentang usaha memperkukuhkan kerjasama bersama serta komitmen terhadap keselamatan dan kestabilan serantau.
Tahun ini menandakan tahun yang ke-31 semenjak CARAT dilaksanakan dan ianya merupakan bukti komitmen yang diberikan diantara AS-NBD. Kunjungan hormat ini juga mencerminkan kerjasama dan perkongsian berterusan antara NBD dan AS dalam menangani cabaran keselamatan tradisional dan bukan tradisional.
CARAT Brunei adalah simbol komitmen AS kepada rakan kongsi utama iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), menyokong Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.

