Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE PROMOTON CEREMONY FOR SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS AND JUNIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS OF THE JOINT FORCE, /ROYAL BRUNEI ARMED FORCES

BOLKIAH GARISON, Friday, 17th October 2025 - A total of 21 personnel from Joint Force, Royal Brunei Armed Forces have been promoted, consisting of 11 Senior Non-Commissioned Officers and 10 Junior Non-Commissioned Officers, which was held at Corporal Club Hall, Bolkiah Garrison.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of ranks by the Guest of Honour, Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander. Also present at the ceremony was the Head of the Cyber Defence Unit, senior officers, officers and members of Joint Force as well as the families of the promoted personnel.

The ceremony concluded with a recitation of Doa, followed by a group photo session and signing of the parchment.

The members of the Joint Force extend its heartfelt congratulations to the Senior and Junior Non-Commissioned Officers who have been promoted, as a recognition and appreciation of their service, as well as expressing gratitude to the families for their support in assisting the personnel in carrying out their entrusted duties.

 

 

 

 

 

 

 

 

MAJLIS KENAIKKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH MARKAS ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 17 Oktober 2025 - Seramai 21 anggota Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah dinaikkan pangkat terdiri daripada 11 anggota PTB Kanan dan 10 anggota PTB Rendah bertempat di Dewan Koperal Kelab, Bolkiah Garison.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian pangkat yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Unit Pertahanan Siber, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai Angkatan Bersama, serta ahli keluarga anggota-anggota yang dinaikkan pangkat.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa, diikuti sesi bergambar ramai dan mendatangani lembaran kenangan.

Seluruh barisan Angkatan Bersama merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah yang telah dinaikkan pangkat, yang merupakan penghargaan dan pengiktirafan atas khidmat yang disumbangkan, serta ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ahli keluarga atas sokongan yang diberikan kepada mereka dalam menggalas tugas yang diamanahkan.​